Sakit kuning atau Jaundice di kalangan kanak kanak
Apa itu sakit kuning atau juga di kenali sebagai "jaundice" yang sering berlaku di kalangan kanak kanak yang baru lahir?. Sering kali saya ke temui setiap kanak kanak yang baru lahir akan mengalami masalah kekuningan.Perkara ini juga tidak terlepas berlaku ke atas anak saya semasa lahir. Gambar di sebelah menunjukkan cara rawatan yang di beri oleh pihak medik apabila paras kuning dalam bayi meningkat. Ia di kenali sebagai rawatan dibawah sinaran ultra ungu. Gejala ini sebenarnya bukan baru.Hampir sebilangan besar kelahiran bayi mengalami jaundice dan selalunya ianya tidak berlarutan dan merbahaya. Jika dahulu ibubapa kita sering menjemur bayi di bawah sinaran matahari di waktu pagi untuk mengurangkan kuning di badan bayi. Kekuningan pada kulit ialah pigmen kuning yang berasal dari bilirubin . Sakit kuning atau jaundice ini berkaitan dengan fungsi hati. Sel darah merah didalam badan mempunyai tempoh hayat normal selama 120 hari. Apabila sampai tempoh Hati akan berfungsi untuk...