". PEARLKID: Sakit Mata Atau Jangkitan Mata

Search the web

Friday, May 28, 2010

Sakit Mata Atau Jangkitan Mata

MASALAH MATA


Masalah mata merupakan masalah yang serius apabila dijangkiti oleh bayi anda.
Masalah mata boleh dijangkiti semua golongan lapisan umur.Dalam fenomena masyarakat kita masalah mata sering dikaitkan dengan perilaku
melihat perkara yang tidak elok.
Apa yang sebenarnya ialah ianya merupakan jangkitan pada mata.Jangkitan mata merebak dengan mudah kepada orang lain.
Oleh itu sentiasa sediakan flanel muka dan tuala sendiri dan tukarkan dengan kerap agar kita tidak menjangkiti orang lain.
Apabila dijangkiti kelopak mata akan membengkak dan bahagian iris mata menjadi merah.Helain bulu mata yang gugur ke dalam mata dan
mencemari bahagian dalam kelopak mata boleh mengakibatkan sakit mata.Biji kecil berwarna putih terhasil yang juga dikenali sebagai "ketumbit".


3 jenis penyakit mata yang ada ialah blefaritis,konjuktivitis dan tembel.Kebiasaannya apabila menghidapi gejala ini doktor akan menperskripkan sejenis krim atau salap antibiotik.
Ubat ini lebih mudah digunakan dengan menyapukannya di bahagian bawah dan atas kelopak mata ketika hendak tidur. Ia akan meresap kedalam semasa tidur dan ini tidak mengganggu ketika kita berjaga.


BLEFARITIS

Sejenis radang yang terhasil pada di pinggir kelopak mata. Kelopak mata menjadi merah dan bersisik.
Selain dari mendapatkan preskripsi dari doktor anda juga boleh mencuba perkara berikut.
Larutkan sesudu teh garam atau Natrium bikarbonat ke dalam segelas air suam dan gunakan larutan ini untuk membersihkan kelopak mata. Larutan ini akan membuat anda terasa pedih sedikit. Pastikan anda mengunakan kapas yang bersilih ganti dan memastikan tangan anda bersih.Bersihkan kelemumur pada kulit kepala kerana kelumumur juga boleh megakibatkan keadaan blefaritis ini.
Jika keadaan berlanjutan lebih dari seminggu segeralah berjumpa dengan doktor.

KONJUKTIVITIS

Konjuktivitis atau juga dikenali sebagai mata merah muda ialah keadaan di mana bahagian putih mata bertukar menjadi merah. Ianya ialah radang pada lapisan mata dan kelopak mata.



Keadaan ini biasanya berlaku akibat dari jangkitan virus atau bakteria. Biasanya kurang serius apabila disebabkan oleh virus.Jika kelopak mata melekit dan melekat bersama sama dengan lelehan nanah ketika bangun dari tidur  berkemungkinan kojuktivitis ini di sebabkan oleh bakteria. Gejala konjuktivitis ialah mata merah,berkerikil dan sakit,lelehan nanah dan kelopak mata melekat selepas tidur.
Gunakan air larutan garam untuk membersihkan mata dengan kapas yang bersih dan lap dari penjuru luar ke dalam. Gunakan kapas yang berasingan untuk setiap mata serta pastikan tangan anda bersih.

Sejenis alahan iaitu rinitis alergik (ketahuinya di sini  www.infosihat.gov.my/Penyakit/penyakitD/DemamAlergi.pdf     , apa itu )   
juga memberi kesan gejala yang sama.mata mungkin akan berasa gatal.



TEMBEL

Sejenis bengkak yang menyakitkan dan bernanah pada sebelah atas atau bawah  kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan pada dasar bulu mata.Punat berisi nanah berwarna putih timbul pada bengkak tersebut.
Sesetengah tembel akan kering dengan sendiri tetapi sesetengahnya akan pecah kira kira 1 minggu.
Kesakitan tembel akan lega apabila punat itu pecah.

tips : anda juga boleh menggunakan hirisan bawang putih dan sapukan pada tembel tersebut. Akan tetapi tindakan ini juga memedihkan mata anda.Atau tuamkan bahagian tembel dengan kapas basah dengan air panas.

Selamat mencuba dan mencegahi.