". PEARLKID: January 2021

Search the web

Thursday, January 28, 2021

Nasihat Buat Diri, Untuk Yang Tercinta




Sebuah karya buku yang menyentuh hati buat sang insan. Sebagai pedoman buat diri dalam menjalani kembara ke destinasi yang abadi.

Nasihat Buat Diri dapatkan



buku ini menghimpunkan 40 nasihat berdasarkan hadis riwayat dan dalil al quranul al furqan di sampaikan dari penceramah disegani Habib Ali Zaenal Abidin.

bacaan ringan buat umat islam yang mencari keredhaan Allah S.W.T.


sinopsis

"Harun difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan bagi melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan daripada Allah s.w.t.

Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak iu, ataupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah untuknya.

Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah. Bukan dengan diri kamu.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi diri kamu, mendengar apa yang disampaikan, arahan mahupun tegahan yang datangnya daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., dan sedaya upaya mengambil manfaat daripada apa yang disampalkan.

Tidak berhak bagi kamu untuk mempersoalkan kembali kepada yang menyampaikannya kepada kamu."

Ini adalah buku kedua Habib Ali Zaenal Abidin yang mengumpulkan 40 nasihat. Kesinambungan judul bestseller Nasihat Buat Hati. Buku berbentuk motivasi ini ditulis oleh Nur Mohamad Adli Rosli. Kesemua kandungannya didapati dari kebanyakan kuliah yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin.

Buku ini mengumpulkan 40 nasihat, merupakan kesinambungan dari judul bestseller: Nasihat Buat Hati.

Adli Rosli adalah pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Anak kelahiran dari Kuantan, Pahang ini dilahirkan pada 25 Mei 1990. Beliau bergiat aktif dalam penganjuran majlis-majlis Talaqqi juga dilantik sekarang ini sebagai Pengerusi Majlis Ta’lim An-nur, iaitu sebuah organsasi pengajian kitab-kitab agama di bawah bimbingan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Senariy.

 

REVIEW

 

Zaman teknologi yang semakin canggih, semua orang sudah keluar dari kepompong tempurung. Kepompong yang mana bila kita lakukan kesalahan, yang tahu mungkin hanya sebilangan orang-orang di kampung.

Dengan munculnya facebook, instagram, youtube dan segala macam media sosial yang ada, kita semakin mudah untuk bertegur sapa. Lebih dari itu, kita juga suka tegur menegur dengan berhujahkan ‘amar makruf nahi mungkin’- mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi adakah perbuatan kita tepat?

Dalam buku Nasihat Buat Diri, yang dikarang oleh Nur Mohamad Adli Rosli yang beliau ambil dari kata-kata Habib Ali Zaenal Abidin, beliau menulis satu bab iaitu Memahami erti menegur dan ditegur.

Dalam perenggan pertama pada bab ini, penulis memberitahu, orang yang mengajak orang lain berbuat baik itu perlu terlebih dahulu dirinya diminta berbuat baik. Tetapi orang yang menerima teguran tidak boleh membalas dengan kata-kata “Kamu juga tidak buat, selepas itu suruh aku yang buat?”.

Tambah penulis lagi, bila datang kepada kita satu ajakan untuk melakukan kebaikan atau melarang kita untuk melakukan kemungkaran, sebenarnya itu adalah larangan dari Allah swt. Tetapi jika yang mengajak itu melakukan kemungkaran juga, itu sememangnya salah bagi dirinya.

Ramai dari kalangan pengguna media sosial media hari ini yang membuat video parodi dengan bertujuan dakwah sebenarnya menyimpang dari maksud yang ingin disampaian oleh penulis dalam buku ini.

Parodi-parodi yang mengeji dan sesetengahnya yang keterlaluan untu mendapatkan perhatian di media sosial dengan alasan dawah adalah sesuatu yang sangat hipokrit dan sudah lari dari maksud asal ‘amar makruf nahi mungkin’. Ramai yang ambil sebahagian dari maksud asal iaitu hanya melakukan ‘nahi mungkar’ tetapi meninggalkan ‘amar makruf’.

Tulis penulis lagi dalam bab ini, menjadi tanggungjawab bagi diri kita untuk mendengar apa yang disampaikan. Arahan mahupun tegahan. Dan sebaiknya kita mengambil manfaat daripada apa yang disampaikan itu.

 

ISI KANDUNGAN

 

NASIHAT 1 :Selepas Allah Dan Rasul, Siapakah Yang Lebih Utama

NASIHAT 2 :Memahami Erti Menegur dan Ditegur

NASIHAT 3 :Tanggungjawab Seorang Suami

NASIHAT 4 :Tersematnya Sifat Tawadhuk

NASIHAT 5 :Bibir Boleh Tersenyum, Hati Allah Sahaja Yang Tahu

NASIHAT 6 :Kamu Berdusta

NASIHAT 7 :Siapa Hamba Allah Yang Kuat

NASIHAT 8 :Nilai Air Mata Kerana Allah

NASIHAT 9 : Pemadam Api Derita

NASIHAT 10: Dosa Yang Sangat Besar

NASIHAT 11 :Jaga Mulut, Jangan Cabar Hukum Allah

NASIHAT 12 :Waspada Dengan Meminta Panjang Umur

NASIHAT 13 :Akan Di Lilitkan Pada Leher

NASIHAT 14 :Jangan Mimpi Masuk Syurga Dengan Mudah

NASIHAT 15 :Barangsiapa Yang Merasa Aman Dengan Dunia

NASIHAT 16 :Allah Tahu Yang Terbaik Untuk Kita

NASIHAT 17 :Bukan Allah Tidak Sayang

NASIHAT 18 :Dia Tak Baik, Kenapa Kita Kena Buat Baik

NASIHAT 19 :Wasiat Buat Suami

NASIHAT 20 :Indahnya Rumahtangga Rasulullah

NASIHAT 21 :Jangan Mendidik Keluarga Dengan Keduniaan

NASIHAT 22 :Bersederhanalah Dalam Mencintai Atau Membenci

NASIHAT 23 :Iman Bukan Di Bibir Sahaja

NASIHAT 24 :Fahami Keluasan Erti Sesuatu Wahyu

NASIHAT 25 :Mengapa Meniru Mereka?

NASIHAT 26 :Yang Tersimpan Itu Jauh Lebih Baik

NASIHAT 27 :Mintalah Segalanya Kepada Allah

NASIHAT 28 :Sahabat Yang Baik

NASIHAT 29 :Pra-Syarat Kemenangan Bagi Umat Islam

NASIHAT 30 :Yang Syaitan Takut!

NASIHAT 31 :Jangan Tertipu

NASIHAT 32 :Ada Harta Jangan Disimpan-Simpan

NASIHAT 33 :Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tetapkan

NASIHAT 34 :Bukan Bos Yang Beri Rezeki!

NASIHAT 35 :Harta Yang Akan Dibawa Ke Kubur

NASIHAT 36 :Hati-Hati Dengan Hutang

NASIHAT 37 :Sedekah Menolah Gundah

NASIHAT 38 :Bergembiralah Dengan Kelahiran Rasulullah

NASIHAT 39 :Keistimewaan 4 Bulan

NASIHAT 40 :Amalan Di Bulan Rejab

 

Habib Ali Zaenal Abidin

 

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, diberi nama Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al-Hamid bin Sheikh Abu Bakar. Dilahirkan pada hari Jumaat, bertarikh 12 April 1974, di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Empat daripadanya lelaki manakala dua lagi perempuan. Lebih mesra dengan panggilan Habib. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana yang tinggal di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para alim ulama dan terdapat juga banyak institusi pengajian. Dalam pencarian menuntut ilmu, Habib Ali pernah berguru dengan barisan murabbi yang hebat seperti Ustaz Hasan Baharom, Ustaz Soleh Bal As’ad, Ustaz Abdul Hamid, Ustaz Soleh bin Agil, Ustaz Ahmad Barakwan, Ustaz Husin bin Abu Bakar, dan ramai lagi.

Pada usia 21 tahun, dengan restu ayahanda dan bondanya, Habib memilih bagi meneruskan pengajiannya ke Hadhramaut, Yemen. Di Hadhramaut, Habib Ali diberi kesempatan bagi menuntut ilmu dan berguru dengan Habib Umar bin Hafidz, iaitu pemimpin Darul Mustafa. Juga Habib Ali Masyhur, Habib Salim As Syatiri, Habib Hasan As Syatiri, Habib Abdullah bin Syihab, dan ramai lagi para guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu masing-masing.Habib Ali adalah antara penuntut generasi pertama yang belajar bersama Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustafa. Selepas itu, beliau bermusafir pula ke bumi Mesir. Hampir lima tahun  menuntut ilmu Universiti Al-Azhar, beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk terus mendalami ilmu-ilmu agama bersama guru-guru hebat di Mesir seperti Dr. Abdul Badi' Abu Hashim, Dr. Saad Jawish, Dr. Ali Jum'ah, dan Dr. Muhammad Jibril.Sekarang, selepas menerima ijazah dalam jurusan Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar, beliau meneruskan lagi kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Master dalam jurusan pengajian Al-Quran dan as-sunnah. Sesudah selesai pengajian di peringkat Master, beliau sekarang dalam usaha menyempurnakan pengajian di peringkat Doktor Falsafah pula. Pada tahun 2004, Habib berkahwin dan dianugerahi tiga orang anak perempuan.

Kini beliau dilantik menjadi pentadbir utama Darul Murtadza selepas pengemudi asal institusi itu, iaitu Habib Abdul Qadir Al-Jufri berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Hingga kini, banyak usaha-usaha pengajian dikendalikan oleh Habib sendiri di bawah kelolaan Darul Murtadza.Darul Murtadza berkembang dari sehari ke sehari, ia adalah satu institut pengajian yang menggunakan kitab-kitab utama dalam Islam yang berpengaruh di Malaysia. Tidak hanya di masjid, beliau turut diundang bagi mengisi slot-slot penting di radio juga di kaca televisyen.Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang dinamik dan menyeluruh, beserta kemahiran berdakwah yang sudah lama diasah dalam dirinya menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang tidak asing lagi di bumi Nusantara ini.

Dapatkan Naskah anda di Sini...
 

Monday, January 25, 2021

Wahai diri, Nasihati hatimu | Nasihat Buat Hati

Assalamualaikum, Alhamdulillah masuk hari baru dipinjamkan lagi nafas kami untuk beramal. 

kami nak berkongsi salah satu buku terbitan PTS publishing house.. karya Mohd Khairi Ismail dan Nur Mohamad Adli Rosli ringkasan nasihat nasihat dari Habib Ali Zaenal Abidin untuk penyucian hati. Agar terlestari "Qolbun Salim " didalam diri kita dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.

kenapa saya recommend buku ini , kerana penghayatan yang mudah dan menarik. Berdasarkan dalil dan hadis yang melaungkan kita untuk mencintai baginda rasul Muhammad S.A.W..


Siapa yang sedang marah, yang rasa tak tenang, hatinya gundah gulana, carilah masa untuk dapatkan dan beli buku ini. Buku ini betul-betul bercakap tentang pembersihan hati. Orang yang baik tak mengutuk orang lain adalah orang yang hatinya baik. Orang yang boleh bercakap dengan sopan dan beradab adalah orang-orang yang hatinya baik yang datang dari keluarga yang hatinya baik. 

Anda mahukannya ? Klik Di sini 


Sinopsis

 

“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?”

Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

5 Nasihat Buat Hati dari Habib Ali Zaenal Abidin Yang Boleh Dijadikan Pedoman

 

1. Pesanan buat penuntut ilmu

 

Penuntut ilmu perlu ada pen, kertas ataupun buku catatan. Kelengkapan bagi menyalin kembali apa sahaja yang diajarkan oleh guru adalah penting.

Kata imam As-Syafie, “Ilmu itu umpama binatang buruan, menyalinnya ibarat tali penambat. Maka, rugi bagi sesiapa yang sudah bersusah-payah menangkapnya kemudian dilepaskan sahaja mangsa berkenaan dengan begitu mudah.”

 

2. Orang Alim VS Orang Jahil

 

Hanya Allah swt yang tahu isi hati hamba-hambanya. Jangan ada dalam kalangan kita yang berasa cukup dan hebat dengan ilmu yang dimiliki.

“Jangan angkuh dan rasa diri sudah memadai dengan ilmu yang dipelajari. Insan yang tidak angkuh dan berasa ilmunya masih sedikit akan sentiasa meminta dan berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan kepadanya ilmu yang berguna.”

 

3. Bekalan menuju akhirat

 

Manusia bukan pemilik dunia. Apabila tiba masanya, manusia pasti meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat. Kehidupan manusia di dunia begitu pendek dan seketika apabila dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.

“Hiduplah di dunia ini seolah-olah kamu seorang manusia yang asing, ataupun kamu sedang dalam perjalanan dan kamu sentiasa merentasi suatu kawasan setempat demi setempat.”

 

4. Berfikiran jauh adalah sikap seorang dai

 

Susah untuk kita mencari dalam mana-mana hadis, Nabi Muhammad saw membenci golongan kafir atau mencela mereka. Ini menunjukkan cara bijak Nabi dalam berdakwah. Bukan dengan cara membenci mereka.

“Kita perlu berurusan dan berakhlak dengan peribadi yang baik kepada semua orang, tidak kira sama ada mereka menyayangi kita ataupun tidak. Jangan hanya memilih untuk berbuat baik dengan mereka yang kita sukai sahaja, manakala yang selainnya tidak pula diendahkan.”

 

5. Jangan menyusahkan orang lain

 

Dari kecil kita diajar untuk tidak menyusahkan orang lain jika ada apa-apa masalah. Dan jangan bergantung kepada manusia.

“Pinta daripada Allah swt, jangan terbiasa membebankan orang lain. Bimbang lama-kelamaan terhakis sifat dan rasa malu dalam diri. Cubalah untuk tidak meminta-minta dalam apa sahaja perkara, kecuali apabila diri sudah berada dalam keadaan yang begitu membebankan.”

 

Kandungan

 

Nasihat 1: Pesanan Buat Penuntut Ilmu

Nasihat 2: Alim vs. Jahil

Nasihat 3: Bekalan Menuju Akhirat

Nasihat 4: Berfikiran Jauh adalah Sikap Seorang Dai

Nasihat 5: Jangan Menyusahkan Orang Lain

Nasihat 6: Jangan Mudah Menghukum Seseorang

Nasihat 7: Dua Bentuk Dugaan

Nasihat 8: Bagaimana Amalan Kita?

Nasihat 9: Empat Sifat Golongan Bertakwa

Nasihat 10 : Bertaubatlah, Allah s.w.t. Suka

Nasihat 11: Islam Mendidik Supaya Berlembut

Nasihat 12: Jangan Biarkan Syaitan Menguasai Diri

Nasihat 13: Berwaspada ketika Mengucapkan Perkataan “Kalau”

Nasihat 14: Utamakan Ahli Keluarga

Nasihat 15: Lazimi Ayat Kursi

Nasihat 16 : Usah Berpecah, Bersatulah

Nasihat 17 : Jangan Tiru Mereka

Nasihat 18: Cari Hikmah dalam Musibah

Nasihat 19: Pinta Apa Sahaja kepada Allah s.w.t., Kamu Tidak akan Pulang Sia-Sia

Nasihat 20: Mahu Umur Panjang?

Nasihat 21: Sahabat yang Baik

Nasihat 22: Sedekah Menolak Gundah

Nasihat 23: Si Alim Ahli Neraka

Nasihat 24: Mukmin yang Kuat

Nasihat 25: Yang Utama Selepas Allah s.w.t. dan Rasul

Nasihat 26: Tanggungjawab Seorang Suami

Nasihat 27: Kemenangan Sejati dalam Islam

Nasihat 28: Kelicikan Syaitan

Nasihat 29: Air Pemadam Derita 

 

Review

 

Buku yang mengandungi nasihat-nasihat yang melindungi hati dari berbuat kerosakan, kejahatan, menghindari kejahilan serta mengelakkan diri dari terpesona dengan kenikmatan dunia. Buku ini juga mengandungi peringatan mesra dengan contoh-contoh dari hadith, Al Quran dan kisah ulama' serta imam ahli sunnah wal jamaah.


Dapatkan naskah anda dengan mengikuti link di bawah. 

https://shopee.com.my/mycave77

Sunday, January 24, 2021

Mahu buat Apa? usahawan buku ? Dropship

Anda berada dalam situasi kebingungan sekarang ? tak tahu apa nak buat ?

anda ulat buku.. masa anda diluangkan untuk membaca. anda suka mencari ilmu memanfaatkan kehidupan anda sehari harian. 

zaman pandemic tiba.. keperluan membaca anda merintih di hati. nak jimat wang untuk perkara "necessity".. tapi anda ketagih membeli bahan bacaan baru. 
KLIK saya mahu DROPSHIPPER
apa kata anda sertai kami di usahawan buku. Menjana pendapatan pasif. sambil buat duit anda tetap dengan kehidupan buku anda. 

atau anda bukan ulat buku. tetapi perlu menjana pendapatan pasif. 

Anda boleh lakukan ini dengan menjadi dropshipper kami. Di Bco kami membantu anda menjadi usahawan buku. 
sambil berniaga sambil menyebarkan ilmu. sertai kami. cara yang mudah. 

dengan support team dan support tools yang updated sentiasa.

SHARE LINK DAN DAPAT KOMISEN

Selain dari menjual buku, BookCafe juga Ada satu program Affiliate yang mana jika ada pembelian atau pendaftaran ejen melalui link Affiliate anda. Anda akan dapat komisen.

Apa yang anda perlu buat?
1) register secara percuma di:

https://usahawanbuku.com/link/JomBacaNow

2) Create kod Affiliate

3) Share link dan promote

4) Dapat komisen 😍

Channel khas untuk Affiliate Ejen Buku: @affiliatebookcafe


Saturday, January 23, 2021

Mengapa Kita Perlu Utamakan IbuBapa selepas Allah S.W.T Dan Rasul ?


 Salam Sahabat Semua, semoga hari ini Indah buat kita semua. Dalam saat dunia bersabar menghadapi dugaan Pandemik Covid 19 sekarang apa kata kita meluangkan masa dengan membaca. 

Ingin dikongsikan di sini petikan nasihat dari buku yang saya baca yang cukup memberi kesan kepada hati. Dalam mencari keredhaan Allah S.W.T yang mencipta dan memberi ujian semoga kita mendapat kesabaran dan keredhaanNya dalm menyucikan hati mencapai "Qolbun Salim"..

Islam Itu Indah dalam segala aspek kehidupan dan akhirat, memupuk keperibadian umat mencapai kebahagian hidup bermasyarakat.

hayati antara nasihat yang dipetik dalam konteks perhubungan kita dengan ibu bapa sebagai amanah yang di beri oleh Allah S.W.T.

Dalam Konteks perhubungan kita sebagai anak dan juga Ibu Bapa kepada anak kita tentu ramai yang telah mengalami berbagai dugaan pahit dan manis. Semoga nasihat yang mendalam dari buku ini berserta hadis dan dalil dapat memberi kita hidayah dalm mencapai matlamat dunia dan akhirat.

ingatlah bahawasanya dunia hanya sekadar tempat persinggahan (R&R) dalam permusafiran kita. Perjalanan dunia ada titik noktah manakala perjalanan akhirat adalah sesuatu kekal abadi. 


ihsan PTS publishing

Utamakan IbuBapa selepas Allah S.W.T Dan Rasul

 

Kita semua adalah seorang anak, yang lahir hasil daripada perkahwinan ibu dan bapa. Meskipun sekarang ibu ataupun bapa sudah tiada, namun buat selama lamanya kita tetap seorang anak kepada mereka. Kematian mereka tidak sesekali menghilangkan gelaran kita sebagai seorang anak.

Masih ingatkah kita, pada zaman kecil ataupun remaja, bagaimana sikap dan akhlak diri ketika berbicara bersama ibu bapa ?

Tentu semua daripada kita dahulu pernah menhentakkan kaki dan berlalu pergi daripada mendengar celoteh ibu bapa. Ataupun tentu sahaja dahulu kita pernah bercakap kasar dengan ibu bapa sebagai tanda protes selepas kita dimarahi oleh mereka.

Mungkin itu 10 tahun lalu, dan sekarang kita sudah berubah dan mula matang. Tentu kita tidak lagi mengulangi kesalahan itu sekarang ini. Namun, jikalau ada sesiapa yang masih berkelakuan sedemikian dan masih merasakan bahawa semua tindakan itu boleh dilakukan, ada beberapa pesanan yang ingin penulis sampaikan.

Jikalau ibu bapa sedang bercakap kepada kita, jangan sesekali kita melangkah pergi ataupun sekadar mendengar sambil berjalan. Adab yang sepatutnya kita lakukan adalah mendekati dan menghayati apa yang dituturkan oleh mereka. Itu adalah tuntutan agama yang sebenar.

Mendengar sampai berjalan menunjukkan ketidaksopanan dan kurangnya akhlak dalam diri. Ibu bapa bukannya manusia yang asing dalam hidup. Mereka adalah insane yang bertarung nyawa melahirkan dan memelihara kita hingga ke hari ini.

Walaupun apa yang dicakapkan oleh ibu bapa tidak disukai ataupun sedikit kasar, kita dak harus membelakangkan mereka. Berbicaralah dengan ucapan yang sehalus mungkin supaya kita tidak sesekali melukakan hati insan yang sudah membesarkan kita.

Tetap menjadi kewajipan anak-anak bagi memenuhi adab-adab terhadap ibu dan bapanya, kerana tiada hak yang lebih besar utnuk ditunai dan dipenuhi selepas allah S.W.T dan Rasul, melainkan hak kepada ibu bapa.

Diharapkan bermula hari ini kita tidak lagi bersikap dingin kepada ibu bapa. Sentiasa ukirkan senyuman yang paling manis di hadapan orang tua, meskipun kadang-kadang kita masih lagi dimarahi oleh mereka disebabkan kesilapan kecil.

Percayalah, hari ini kita mungkin rimas dengan leteran mereka, namun kelak kita akan merinduinya. Ketika itu, kita tidak lagi mampu mendengarnya kerana mereka sudah pergi meninggalkan kita di dunia ini.

Paling malang, berapa ramai anak-anak yang mula menyisihkan ibu bapa mereka hanya disebabkan beberapa masalah tertentu. Akuilah, manusia itu tidak lepas daripada melakukan kesalahan, namun jangan sesekali memandang hina wajah mereka apatah lagimembiarkan ibu bapa tanpa langsung mempedulikannya.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak berkelakuan baik dan tidak melayan anak-anak mereka dengan sebaiknya. Biarkan kesalahan itu dinilai oleh Allah S.W.T menghukum adalah kepunyaan Allah S.W.T. Jangan pula anak-anak yang menghukum mereka tanpa pernah memikirkan jasa mereka kepada kita.

Berbaktilah kepada ibu bapa kita sekiranya mereka masih hidup. Sekiranya mereka sudah meninggal dunia, maka teruskan berdoa semoga mereka sentiasa dihujani titisan rahmat. Tugas sebagai anak tetap wajib dijalankan. Berdoa semoga Allah S.W.T mengampuni dan merahmati kedua ibu bapa di atas apa yang mereka lakukan.

Sesungguhnya kepayahan melahir dan membesarkan anak-anak tidak terhitung susahnya. Tiada kesalahan dan kesilapan ibu bapa yang layak dihukum jikalau anak- anak waras memikirkan kesusahan itu. Bayangkan keadaan ibu yang bertarung nyawa melahirkan nyawa melahirkan anak dan  bapa yang bagaikan gila menanti suara tangisan anak di bilik kelahiran. Hanya yang tidak berakal menghukum ibu bapa mereka.

Mungkin ibu bapa pernah melakukan kesilapan terhadap anak-anak. Namun tanpa kasih sayang ibu bapa, anak-anak tidak akan lahir ke dunia ini. Sesungguhnya, pengorbanan anak-anak tidak sesekali dapat mengatasi pengorbanan ibu bapa, meskipun anak-anak dipanjangkan usia untuk hidup 1,000 tahun bagi berkorban demi ibu bapa mereka.


semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada kita semua. 

terima kasih pihak pengarang tuan Nor Mohamad Adli Rosli dan tuan Mohd Khairi Ismail dalam mengusahakan naskah kecil yang bernilai ini. tidak lupa juga kepada pihak PTS publisher dalam usaha mengimarahkan kepada masyarakat.

dapatkan naskah anda di sini




 

 


Pedoman Buat Umat Perkongsian Habib Ali Zaenal Abidin

 Satu Lagi Karya diterbitkan oleh PTS publishing house, karangan tuan Nor Mohd Adli Rosli buat kita umat islam agar dapat menimba ilmu dari nasihat nasihat tersebut. Berdasarkan dari hadis dan dalil dalil setiap nasihat memberi pedoman agar kita menjadi umat sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T.

Pedoman Buat Umat adalah buku ke-3 Habib Ali Zaenal Abidin. Dalam tulisan kali ini, fokusnya lebih kepada contoh-contoh dan kisah yang dapat kita teladani daripada kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan juga sahabat-sahabat Baginda R.A.

Mengekalkan gaya biasa Habib Ali, apa yang dikongsi terasa lebih dekat di hati.


Dapatkan Naskah anda di sini, KLik  Saya Mahu "Pedoman Buat Umat"

MUKADDIMAH


BAB 1 : Hati Kita

BAB 2 : Nilai Syahadah

BAB 3 : Kurniaan Nur

BAB 4 : Kemuliaan dan Kecintaan Rasulullah

BAB 5 : Israk dan Mikraj

BAB 6 : Kepentingan Mengingati Orang Soleh

BAB 7 : Pembawa Rahmat

BAB 8 : Sifat Rahmat Nabi kepada Umat


Taman Orang Orang Soleh Di Rumah| Riyadus Solihin

RIYADUS SOLIHIN : TAMAN ORANG SOLEH

MILIKI NASKAH ANDA DISINI :
https://riyadussolihin.com/JomBacaNow

apa itu kitab riyadus solihin ?
RIYADUS SOLIHIN: TAMAN ORANG SOLEH
Itulah makna bagi Riyadus Solihin, "Taman Orang Soleh". Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi, anak murid kepada imam as syafie kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman rohani yang membenihkan amal dan menyuburkan iman. Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah.

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu dan membawa kita menjelajahi lautan ilmu yang penting. Isi kandungan kitab ini dikupas dan ditulis mengikut rujukan al-Quran dan hadis yang sahih. Pengarang kitab ini adalah ulama agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunnah Rasulullah

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan
namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah. 


RUJUKAN SAHIH, PETUNJUK YANG SEBENAR
Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.

AMALKAN SUNNAH, JAUHI BIDAAH

Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi apabila kita berada pada akhir zaman. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Bagi mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu atau sesat dalam kejahilan, kitab ini dapat menjadi pembimbing dan penyelamat kita.

MARI JADIKAN SATU RUMAH, SATU RIYADUS SOLIHIN SEBAGAI PENYERI AHLI RUMAH 
dapatkan di sini
https://riyadussolihin.com/JomBacaNow

Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, "Taman Orang Soleh" sangat wajar menjadi pelengkap bagi menghiasi rumah kita. Rumah yang dihidupkan dengan bacaan quran dan disuburkan dengan budaya ilmu adalah pakej lengkap sebuah rumah tangga yang bahagia lagi dirahmati Allah.

TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

Kitab asal dalam bahasa Arab ini diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Semoga usaha ini dapat menyebarluaskan lagi manfaat dan hikmah yang terkandung dalam kitab ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat melahirkan lebih ramai ilmuwan Islam, generasi yang berilmu serta ulul albab yang akan menjadi khalifah bagi memimpin ummah.

EDISI EKSKLUSIF & HARDCOVER

Hanya berharga rm120.. platform pembelian online yang selamat. publisher dan pengedaran diiktiraf dan dikenali.

https://riyadussolihin.com/JomBacaNow

Friday, January 22, 2021

Ahli Keluarga DiUtamakan Wahai Puteri Ku Sayang

 

 Baru baru ini aku terbuka hati membaca sebuah buku yang diterbitkan oleh PTS publisher,

naskah nipis sebagai bacaan ringan ini membri kesan yang mendalam kepada diriku. 

Inilah nasihat buat hati yang bernilai bagi diriku untuk dikongsikan didalam jurnal kami. semoga ikatan kasih sayang kekeluargaan berkekalan dalam menjalani hidup sebagai hamba yang kecil di dunia yang penuh ujian ini.

Sudilah menyelami antara nasihat yang hendak kami sampaikan. Dari penyampaian oleh Habib Ali Zaenal Abidin naskah bertajuk "Nasihat Buat Hati"

Alhamdulillah dengan izin ilahi dapat juag aku menghadiahkan naskah kecil ini kepada insan yang tercinta.

Utamakan Ahli Keluarga

Suatu ketika, Nabi Muhammad S.A.W berhenti rehat di sebuah kebunyang dimiliki oleh seorang lelaki daripada golongan Ansar yang digelar dengan nama Talhah. Kebunnya begitu luas dan padanya terdapat sumber air yang sering dijadikan penduduknya sebagai air minuman. Kedudukan kebun ini dahulunya dekat dengan Masjid Nabawi. Dan kebiasaannya apabila Nabi singgah di kebun berkenaan, Nabi akan meminum air yang berada dalam kawasan kebun itu.


Allah S.W.T mengurniakan kebun yang subur kepada Talhah. Bukan itu sahaja. Air bersih yang mengalir dalam kebunnya itu juga mempunyai rasa yang sungguh lazat, tidak sama dengan air yang mengalir dari sumur di kebun milik orang lain yang berada di sekitarnya. Dikatakan air dari sumur miliknya itu begitu jernih dan menyegarkan.

Pada suatu hari, Talhah menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan berkata kepada Baginda, “ Wahai Rasulullah, saya adalah lelaki yang paling kaya dalam kalangan masyarakat Ansar. Dalam kesemua harta yang saya miliki, kebun yang memiliki sumur air yang kamu minum ini adalah yang paling saya sayangi. Maka kerana seruan Tuhan, dengan ini saya mewakafkan kebun pada jalan Allah. Jadi sebagai seorang ketua bagi kami, kamu berhak menentukan siapa yang selayaknya mengambil manfaat dari kebun ini, wahai Rasulullah”.


·        Akhlak Para Sahabat

 Betapa indahnya akhlak para sahabat. Sifat pemurah dan dermawan mereka tidak ditandingi oleh sesiapa pun. Mereka tidak berkira – kira untuk bersedekah ataupun mewakafkan harta kepunyaan mereka. Paling menakjubkan, mereka pasti member dan menyumbang harta yang paling mereka sayangi untuk Islam.

 

Sekarang, masih adakah sikap sebegitu? Hakikat manusia sekarang, semakin saying, semakin disimpan harta itu. Jangan harap hendak disedekah kepada orang lain. Yang disedekahkan itu pasti bahagian lebihan ataupun yang kurang disayangi, begitulah kebiasannya. Penulis tidak maksudkan semua orang, tetapi kebanyakannya begitu. Lihat sahaja pakaian yang disedekahkan kepada fakir miskin, koyak di situ, tampal di sini, sedangkan baju baru disimpan sahaja di dalam almari.

 

Penulis tidak mengatakan salah menderma barang sebegitu. Yang ingin penulis terangkan adalah perbezaan sifat dermawan para sahabat dan sifat dermawan manusia pada masa kini. Para sahbat berlumba-lumba mahu jadi penderma yang baik di sisi Allah S.W.T. Sebab itu mereka tidak kedekut ataupun berkira-kira bagi menderma apa sahaja, meskipun harta kepunyaan itu sungguh mereka sayangi. Itu adalah sebaik-sebaik sedekah dan wakaf dalam Islam.

"Selepas mengambil kira nilai keikhlasan dalam memberi, penderma yang terbaik adalah mereka yang sanggup menderma harta yang paling baik, paling elok dan paling berharga kepunyaannya, meskipun ia hanya sekecil buah tamar".


·         Yang Paling Berhak

Mendengar ucapan tersebut, Nabi Muhammad S.A.W dalam keadaan penuh ketenangan seolah-olah mengetahui dan dapat merasakan bahawa masih terdapat sesuatu yang menjadi kekurangan dalam diri Talhah. Dan pasti sahaja segala keputusan dan arahan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya akan dituruti sehabis baik. Ini kerana, Nabi adalah sebaik-baik insane yang diutuskan bagi memberi petunjuk kepada umatnya perihal apa yang terbaik untuk mereka lakukan.

 

            Kemudian Nabi menjawab, “Sesungguhnya aku sudah mendengar kesemua yang dibicarakan oleh kamu. Seperti kata-kata kamu sebentar tadi, aku mempunyai peluang bagi menentukan siapa yang menentukan siapa yang berhak ke atas kebun ini. Maka dengan itu wahai Talhah, orang yang berhak ke atas kebun yang kamu sayangi ini adalah ahli keluarga kamu.”

 

·         Mengapa Keluarga Perlu Diutamakan?

Dalam Islam, kita diajar supaya mendahulukan ahli keluarga dan kaum kerabat dalam memberikan pertolongan. Ini kerana, dalam keluarga sendiri hanya kita yang lebih mengetahui siapa yang lebih memerlukan dan siapa yang lebih susah berbanding orang lain. Sekiranya setiap daripada kita memahami nilai ini, pasti nasib setiap keluarga akan terbela dan terjaga.

            Ukhwah antara keluarga boleh diibaratkan seperti segenggam benih yang diikat dalam karung guni. Hanya benih dalam ikatan itu mengetahui benih mana yang sedang subur membesar ataupun akan rosak dan mati. Amat tidak masuk akal sekiranya dibiarkan benih yang tidak subur untuk terus mati kekeringan, kerana ingin membantu benih dalam karung lain yang belum tentu semua jangka hayatnya.

            Pendek kata, keluarga sendiri, hanya kita lebih mengetahui keadaan mereka berbanding orang lain. Susah dan sedih mereka hanya kita yang lebih memahami. Maka, jangan pula kita menanti orang lain datang menolong mereka tanpa kita terlebih dahulu cuba menolong. Siapa yang akan membantu, bila bantuan akan muncul? Ya, kita tidak tahu.

            Jangan salah faham, bukan bermakna agama Islam tidak menggalakkan umatnya menolong mereka yang bukan darah daging mereka, bukan begitu. Cuma ia membawa maksud, sekiranya ada dalam keluarga ataupun saudara-mara yang mengalami kesusahan, maka kita terlebih dahulu yang wajib dan bertanggungjawab menolong mereka.

            Adakah kita sanggup membiarkan mereka berjalan ke sana dan ke mari mengetuk pintu rumah orang lain yang bukan darah daging mereka bagi meminta bantuan, sedangkan ahli keluarganya sendiri yang tinggal dalam kesenangan dan keselesaan hidup, hanya menggoyangkan kaki? Dalam Islam perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi dan ia adalah satu kesalahan yang besar dalam institusi kekeluargaan.

            Tidak salah bagi menolong orang lain. Cuma, rajin-rajinkan diri bertanya khabar dan bertanya hal ehwal saudara sekeluarga dengan kita. Indahnya ajaran Islam, betapa makmur dan bahagianya institusi keluarga sekiranya perkara ini menjadi prinsip yang sebati dalam hidup semua umat islam.

            Selain itu, menjadi keutamaan bagi setiap Muslim supaya mendahulukan ahli keluarganya kerana ia dapat menutup pintu cemburu dan hasad dengki yang dapat membawa kepada jalan perpisahan antara keluarga. Masakan tidak, pasti ahli keluarga yang terlebih dahulu berasa sedih dan kecewa sekiranya mereka tidak dapat berasa apa-apa pemberian daripada kita walaupun sedikit, kerana sikap kita yang lebih mengutamakan orang lain.

            Ya, sekiranya ahli keluarga sudah senang dan juga kaya-raya tidak mengapa. Mungkin mereka tidak mudah berasa hati dengan perkara ini, namun bagaimana sekiranya mereka miskin dan begitu memerlukan? Bukankah kita sudah berlaku zalim kepada mereka kerana sanggup mengenepikan mereka yang lebih memerlukan?

            Utamakan kebajikan mereka. Kadangkala bagi ahli keluarga kita yang berharta, mereka tidak pun menginginkan pemberian harta ataupun wang. Cukup sekadar hadiah ikhlas sebagai tanda ingatan. Jangan pula ada dalam kalangan kita yang salah faham dan bersikap berlebih-lebihan dalam berbuat baik kepada ahli keluarga, hingga saudara Islam lain yang benar-benar memerlukan pula tidak dibantu. Fahami konsep dan prinsip ini dengan sebaiknya.

            Juga, jangan pula menutup hak orang lain semata-mata bagi melebihkan ahli keluarga sendiri, kerana ia langsung tidak menepati tuntutan dan keinginan Islam. Siapa yang melakukannya sudah bercanggah dengan ajaran yang sebenarnya. Sekiranya benar hak itu kepunyaan orang lain, maka jangan diceroboh dan diambil atas nama melakukan kebajikan kepada ahli keluarga.

semoga kisah nasihat yang dikongsikan ini dapat memberi nilai kasih sayang antara kami sekeluarga.

akhir kata sejulung terima kasih kepada saudara Nur Mohamad Adli Rosli yang memberi kebenaran atas perkongsian nasihat yang amat berguna ini.

semoga kekal abadi didalam ingatan kami.

dapatkan naskah anda di sini

https://shopee.com.my/mycave77




 

 

 






 

 

 

 

 

Tuesday, January 19, 2021

Buya Hamka Mentafsir Al Quranul Kareem, Tafsir Al Azhar Panduan Ilmu

Al Quranul karim adalah mukjizat terbaik dari Allah kepada umat islam disampaikan melalui baginda nabi Muhammad s.a.w..

Kalam Allah A.W.J untuk kita hayati dan turuti perintahNya. 

https://tafsiralazhar.com/JomBacaNow
TAFSIR AL-AZHAR 30 JUZUK (HAMKA)
(Edisi Soft Cover)
Kenapa Perlu Ada Tafsir Al-Azhar di Rumah Kita?


ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia 



turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi. 

Tafsir Al-Azhar nukilan Buya Hamka disifatkan antara tafsir Al-Quran yang cukup 



sesuai untuk rujukan masyarakat Muslim Nusantara. Kandungannya yang disampaikan menggunakan gaya bahasa dan penjelasan yang mudah serta sesuai dengan konteks dan latar masyarakat Muslim di kawasan Nusantara menjadikannya sebagai salah satu 


tafsir Al-Quran yang cukup relevan bagi umat Islam masa kini. 

Oleh sebab itu, capaian dan akses kepada tafsir Al-Quran seperti ini sangat penting bagi memudahkan masyarakat muslim Nusantara 



secara amnya dan di Malaysia secara khususnya, mendalami ilmu-ilmu Al-Quran sebagai wahana memperkukuhkan kefahaman Islam mereka.

DAPATKAN NASKAH ANDA DI SINI :
https://tafsiralazhar.com/JomBacaNow

RUJUKAN SAHIH

PENULISNYA, HAMKA ADALAH ULAMA AGUNG NUSANTARA YANG DIPERAKUI OLEH PARA TOKOH AGAMA TEMPATAN & ANTARABANGSA

MUDAH DIFAHAMI

TULISAN DALAM BAHASA MELAYU MUDAH DIFAHAMI OLEH PENUTUR BAHASA MELAYU DI SELURUH NUSANTARA

BAHASA INDAH

GAYA BAHASANYA INDAH, DEKAT DI HATI & SESUAI DENGAN BUDAYA HIDUP MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan


PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH MALAYSIA

HANYA RM700 SAHAJA

Khazanah ilmu tak ternilai

“RM700 sahaja untuk Semenanjung Malaysia & hanya RM750 untuk Sabah, Sarawak & Labuan.”


DAPATKAN NASKAH ANDA DI SINI :
https://tafsiralazhar.com/JomBacaNow


KLIK UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT

publish by Pts group

Sunday, January 17, 2021

Hidup Ini "Kembara Menuju Allah"

KLIK DI SINI  SAYA INGIN MILIKI

Satu tajuk yang "poetic" menyentuh jiwa seseorang muslim yang memahami erti sebenar perjalanan kehidupan di dunia.
 
Dunia ini satu persinggahan, satu perjalanan musafir yang penuh dengan pancaroba. 

setiap insan dengan perjalanan tersendiri semoga dengan hidayahNya membawa amalan terbaik ke destinasi yang satu.
kembali kepada yang maha menyayangi sang pencipta yang Esa.

hayati kisah perkongsian ilmu dari pengarang yang di kenali. buku terbaru beliau bertajuk "Kembara Menuju Allah".

Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Membawa anda menjelajah kembara seorang hamba menuju Sang Penciptanya Allah S.W.T


Kandungan Buku kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. monolog hati yang menyentuh jiwa.

kita hamba yang mencari keredhaan Allah sang pencipta yang agung.

Pakej 4 buah buku edisi soft cover, Kembara Menuju Allah. Iaitu:

1. "Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."
Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya. Sesungguhnya Allah sentiasa merindui kita agar kembali kepadanya dengan amalan amalan baik.

2. "Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."
Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.


"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

3. "Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. tanamkan sifat qanaah.
Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

4. "Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Dapatkan naskah anda di sini :
https://asmaharun.com/buku/JomBacaNow

harga yg mampu milik

Semenanjung Malaysia: RM108 sahaja (4 buah buku + penghantaran percuma)

Sabah, Sarawak & Labuan: RM120 sahaja (4 buah buku + penghantaran percuma)

Tiada caj penghantaran dikenakan. Kami menggunakan khidmat kurier ekspres untuk memastikan kitab ini selamat sampai ke tangan para pembaca di seluruh Malaysia.
PENGHANTARAN PERCUMA SELURUH MALAYSIA

lihat tawaran kami.
pembelian anda terjamin bersama kami di ejen buku "BookCafe online shop". 

semoga ilmu yang disampaikan memberi keberkahan dunia dan akhirat. 

kepada anak anakku.. jika satu hari sayangku terasa berat ujian dalam menjalani kembara dunia ini..  hayati lah buku ini yang "inshaAllah" babah dan mama tinggalkan sebagai pedoman.