Campak atau demam campak adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus,khususnya
paramiksovirus menerang sistem pernafasan melalui titisan lembab seperti bersin atau batuk dan sebagainya.gejalanya hanya timbul selepas seminggu atau dua minggu selepas dijangkiti.tompok bintik merah kecil akan kelihatan. Selalunya bermula di bahagian belakang telinga dan tengkuk.Sebelum kelihatan tompok tompok berkenaan anak anda akan mempunyai simptom demam seperti selesema.Tompok merah berkenaan dalam jumlah yang banyak akan timbul di seluruh badan bahagian kulit yang mempunyai melanin. Jika tompok merah berkenaan di bahagian tapak kaki dan tapak tangan dapatkan khidmat doktor pakar kerana itu adalah gejala HFM(hand foot mouth diseases).
Gejala campak secara amnya :-
- hari 1dan 2 - hidung meleleh,batuk kering,mata yanag berair,merah dan sakit,suhu badan meningkat dengan stabil.
- hari 3 - Suhu badan menurun sedikit,batuk berterusan,tompok putih muncul didalam mulut
- hari 4 dan 5 -Suhu badan meningkat sehingga 39 ke 40 celciusRuam merah kecil muncul di atas kulit.
- hari 6 dan 7 - Ruam beransur hilang dan kehilangan gejala lain.
- Hari 9 - Penyakit campak beransur hilang.
Akan tetapi jika anak anda tidak bertambah baik selepas 3 hari ruam timbul,Suhu badan meningkat dengan tiba tiba,mengalami sakit telinga, pernafasan kuat dan sukar segeralah mendapatkan khidmat doktor pakar.
Petua orang melayu adalah mendapatkan daun semambu untuk mengeluarkan virus ini dari badan.
Buatlah anak anda berada dalam keadaan selesa ketika menghidap penyakit ini.Jika mata anak anda sakit lap dengan kapas basah yang di rendam di dalam air sejuk.