Sebagai ibubapa kita adalah guru kepada anak kita. apa yang di ajar jika ditegaskan diikuti semasa proses pembelajaran sewaktu membesar.Antaranya ialah menanamkan sikap disiplin,mengajar sikap tolong menolong,menggalakkan daya innovasi dan kreativiti juga daya imaginasi.Sentiasa turut serta dalam aktiviti yang dilakukannya dapat memberi semangat untuk terus mempelajari.Berulangkali mengulangi apa yang hendak dipelajari.Memastikan anak sentiasa mengingati arahan yang diberi.Jangan mengganggu ketika anak sedang memberi penumpuan dalam mempelajari sesuatu.Memberi perhatian kepada apa yang dilakukan dan mengetahui bila perlu melarang.
1.) Uji rasa
Empat jenis rasa yang di kesan oleh manusia melalui lidah ialah manis,masam,pahit dan masin. Bagi bayi yang berusia beberapa bulan pengujian rasa dapat dinilai dari riak muka.bagi anak yang semakin berusia refleksi terhadap rasa lebih jelas termasuk gesture tubuh badan.berikan mereka merasa sedikit setiap rasa dengan meletakkan sedikit bahan di hujung jari anda dan sapukan ke mulut anak anda.Secara praktikal anak anda dapat menunjukkan pemilihan rasa beliau terhadap sesuatu benda dan anda juga dapat memberi impak yang ketara kepada anak anda mengenai sesuatu bahan. contohnya seperti gula dan madu rasanya manis,asam jawa rasanya masam garam rasanya masin dan sebagainya.Jika anak anda memberi respond yang neutral bermakna anak deria rasa anak anda tiada masalah.
2.)Uji Pendengaran
Untuk seorang kanank kanak dapat bertutur dengan betul dia mestilah boleh mendengar pelbagai persekitaran bunyi dengan jelas. pertuturan berkait rapat dengan pertuturan, kita hanya dapat menmembuktikan pendengarannya baik apabila dia mula meniru apa yang didengar dan seterusnya menggunakan unit-unit fonetik pertuturan dengan betul.Tindak balas perilaku terhadap bunyi adalah ujian yang bagus untuk mengetahui samaada pendengaran anak anda normal iaitu dengan melihat rangsangannya terhadap sesuatu bunyi.semasa baru lahir anda dapat melihat rangsangan di mana bayi akan terkejut dan membuka mata apabila terdengar bunyi yang kuat. Selepas 4 minggu beliau akan mula meneliti bunyi yang berpanjangan seperti bunyi muzik. Selepas 16 minggu bayi mua mengecam bunyi umpanya suara anda.Dia akan tersenyum dan menoleh ke arah anda apabila mendengar suara anda,. Selepas 28 minggu dia akan mula mencari cari bunyi yang di dengarnya. Selepas 36 minggu dia mula memberi perhatian terhadap bunyi dan mula mengagah, selepas 1 tahun dia mula menunjukkan gerak balas apabila namanya dipanggil dan mula memahami maksud perkataan seperti jangan dan "bye bye"