". PEARLKID: PERLUKAH KITA MENGAMBIL SUNTIKAN VAKSIN H1N1

Search the web

Tuesday, June 8, 2010

PERLUKAH KITA MENGAMBIL SUNTIKAN VAKSIN H1N1

This email i received from a friend whom i know and intended to share with you guys. With the disease of H1N1
spreading wide currently we are looking for prevention method .What we want is the vaccination on preventing the disease.
Well most of vaccin have site effect. As we supposed to know a  vaccin is type of antivirus to fight the unwanted virus.
Sure there's a side effect but it is also has been tested before been given .
I am not recommending not to take the vaccine but to get yourself ready to undertake the side effect.
read through the experience gone through by this friends.


by KHAIRUL "HAKIMMY" AISYAM Monday, May 10, 2010 at 4:21 PM Pagi tadi,
saya
dan isteri mengambil vaksin selesema babi di Poliklinik Kesihatan Kelana
Jaya. Sebelum itu, saya ada membuat panggilan ke beberapa buah klinik
berdekatan, namun semua klinik meminta saya membuat janji temu sebelum
mengambil suntikan tersebut. Hanya di Poliklinik Kelana Jaya yang
memberikan suntikan terus tanpa melalui sesi janji temu. Lebih kurang
pukul
9.30 pagi, kami sampai di klinik tersebut. Saya bertanya kepada petugas
di
kaunter tentang prosidur untuk mengambil suntikan tersebut. Jururawat
itu
menyuruh saya mendaftarkan diri di Kaunter 1. Selepas menyerahkan kad
pengenalan, nama kami berdua dipanggil. Seperti biasa, kami dikehendaki
membayar RM1 ringgit seorang. Selepas itu, petugas di kaunter tersebut
menyuruh kami ke bilik khas untuk mengambil suntikan tersebut. Tiada
pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suntikan. Di bilik
tersebut, beberapa orang staf dari jabatan kerajaan sedang berbaris
untuk
menerima suntikan. Seorang demi seorang menerima suntikan tersebut. Saya
dan isteri menyerahkan kad pengenalan sekali lagi kepada jururawat di
situ.
Nama kami didaftarkan. Sejurus selepas itu, nama saya dipanggil untuk
menerima suntikan. Sebelum jarum menusuk kulit di bahu kiri saya,
terkeluar
kata-kata pertanyaan, "Apa kesan sampingan suntikan ini?" Jururawat itu
menjawab sambil bertanya, "Encik hendak baca dahulu pamplet tentang
kesan
sampingannya atau encik hendak ambil suntikan dahulu?". Saya tanpa
berfikir
panjang berkata, "Suntiklah dahulu!" Memang terasa sakit sedikit semasa
jarum menusuk ke dalam bahagian bahu. Berbeza daripada sakit suntikan
biasa. Mungkin perasaan saya melebih-lebihkan sakit tersebut. Selepas
beberapa ketika, bahagian yang disuntik tadi berdenyut-denyut dan terasa
panas sedikit. Selepas sejam, badan mula rasa lenguh-lenguh dan
keletihan.
Kepala berat dan pening sedikit. Kesan ini berlarutan sehingga beberapa
jam. Saya mengambil cuti sakit di sebuah klinik. Badan rasa kurang
sihat.
Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga tidur. Sehingga sekarang,
selepas 7 jam menerima suntikan, badan masih lenguh-lenguh dan tempat
suntikan masih lagi terasa sengal. Tiada kesan sampingan lain setakat
ini.
Mudah-mudahan kami berdua tidak mengalami kesan sampingan yang teruk.
Kesan
sampingan pengambilan vaksin H1N1 (seperti tertera pada pamplet yang
diberikan oleh petugas di Poliklinik Kelana Jaya) Sering berlaku * sakit
kepala * keletihan * kesakitan, kemerahan, bengkak atau benjolan pada
tapak
suntikan * demam * sakit otot, sendi Kerap berlaku *rasa panas, gatal
atau
lebam pada tapak suntikan * berpeluh, menggigil dan gejala selesema *
pembengkakan kelenjar di leher, di ketiak, atau di bahagian sulit Agak
jarang-jarang berlaku * rasa mencucuk/kebas di tangan/di kaki *
mengantuk *
pening * cirit, muntah, sakit perut * gatal dan ruam * ganguan tidur *
gejala kulit seperti inflamasi dan ruam gatal Jarang-jarang berlaku *
kesan
alergi yang menyebabkan penurunan tekanan darah secara mendadak * sawan
*
rasa menikam yang tajam * pendarahan/lebam serius Amat jarang-jarang
berlaku * inflamasi pada salur darah yang menyebabkan ruam kulit, sakit
sendi, dan masalah buah pinggang * lumpuh Saya mungkin berfikir
berkali-kali untuk mengambil suntikan tersebut jika membaca pamplet ini
terlebih dahulu. Saya juga pernah menyiarkan beberapa artikel tentang
kesan
sampingan vaksin tersebut dalam blog saya yang lain. Namun, suntikan
sudah
diambil, harap-harap kami tidak mengalami kesan sampingan yang serius.
Doktor di klinik saya mengambil cuti sakit pun ada memberitahu tentang
kes
orang yang mengalami sawan selepas mengambil suntikan vaksin tersebut.
Katanya lagi, mungkin kerana status vaksin itu masih baru dan kesan
sampingan yang dinyatakan di atas, maka vaksin ini hanya diberikan
kepada
orang dewasa yang berumur 18 hingga 65 tahun. Moga-moga kiriman ini
dapat
memberikan panduan kepada anda sebelum mmengambil vaksin tersebut. Tepuk
dada tanya selera!