Baru baru
ini memang saya tak menjangkakan perkara tersebut berlaku ke atas diri ini.
Satu penyakit yang dilabelkan sebagi penyakit zaman moden iaitu batu wujud di dalam hempedu (Gallstone). Menurut
doktor pakar penyakit ini sudah menjadi kebiasaan di zaman sekarang.Tak kira
umur atau jantina. Ada banyak factor yang menyebabkan kewujudan batu di dalam
hempedu ini. Factor utamanya ialah corak pemakanan dan cara hidup yang kita
lalui. Batu karang yang terbentuk di dalam buah pinggang melibatkan proses
pembuangan air kecil, manakala batu yang terwujud di dalam hempedu adalah
berkaitan dengan proses pembuangan air besar.
Ada yang
menyedari kewujudan penyakit ini apabila terkena satu serangan yang mengejut di
bahagian ulu hati. Sakit yang tidak terperi membuatkan terus di bawa ke ICU.
Itu kebanyakan pengalaman kenalan yang saya ketahui menceritakan kepada saya. Dah lama selalu sakit di ulu hati bila jumpa GP diagnos gastrik. Saya memang ada gastrik dari dulu tapi yang saya pelik walaupun tak biarkan perut kosong dan jaga makan sakit ulu hati tu ada jugak Bagi saya pula, symptom yang berlaku sudah lama terjadi tetapi saya tak
mengendahkannya kerana saya masih boleh menahan sakit yang di alami sekali
sekala. Symptom yang berlaku seperti
kelesuan yang sentiasa walaupun tak menjalankan aktiviti yang berat ( dipercayai tahap Ph darah asidik itu yang buat badan rasa panas dan penat). Sendawa yang
sentiasa. Sakit yang teramat di ulu hati sehingga kekadang terasa perit di
dada. Kebas sebelah tangan atau kaki. Sakit di bahagian belakang badan. Sakit perut
yang teramat sangat tetapi tak lawas seperti
sembelit (constipation). Perut sengkak selepas makan atau minum susu. Simptom
ini dikatakan berbeza bagi setiap individu.
Sedikit sebanyak tentang
hempedu ni selepas membuat sedikit kajian ia merembeskan jus hempedu . jus
hempedu ni dihasilkan dalam hati mengemulasi lemak makanan yang separa hadam dan
di simpan di pundi hempedu. jadinya umpama tempat simpan (kilang storage) kantung
hempedu ni. Nak tahu lebih lanjut secara saintifik google Wikipedia atau mana
mana website doktor pakar. Rembesan kolesistokinin dirembes oleh hempedu
bila ada makanan berlemak dikesan masuk salur penghadaman. Tindak balasnya
terhadap kolesistokinin berlaku kembang kuncup pundi hempedu merembeskan simpanan hempedunya
ke duodenum (usus kecil). Proses rembes ni la yang buat sakit bila ada batu
tersumbat di salur ( duct bile ), kalau batu kat salur dan salur bengkak tu
lagi sakit, atau kalau batu besar kat dalam pundi bila pundi menguncup umpama
menggenggam batu kerikil dan genggam sepenuh hati. Pundi ni tak la besar sangat
doktor kata saiz dewasa lebih kurang panjang 3 inci dan ukur lilit bila
mengembang lebih kurang 1.5 inci.Nak cerita banyak pun saya tak pandai sangat Cuma nak cerita pengalamn yang saya lalui la. Jadina saya mula mencari kaedah untuk sakit ni. Doktor advice buat pembedahan laparaskopi ( minor operation ) tebuk beberapa lubang masukkan kamera dan laser, potong dan sedut pundi keluar.kalau nasib tak baik kena major operation kaedah lama potong 6 inci kat bahagian perut. Ada kaedah ECWL iaitu laser tapi tak berapa praktik sangat pasal banyak risiko seperti batu susah nak pecah, atau batu tu pecah tapi tak berapa kecil jadi bila proses rembesan oleh hempedu, jus tolak keluar takut sangkut di salur ( bile duct) lagi masalah. Ada juga yang menyatakan takut tersumbat di usus antara saluran pancreas nanti menyumbatkan pengeluar insulin dari pancreas. Risiko batu ni yang saya diberitahu ialah pancreatic, hati rosak ( macam jadi fatty liver , hati pun kena kerja keras bila makanan lemak banyak pasal jus dari hempedu dah sumbat tak keluar) dan yang last sekali apa yang doktor surgeon cakap waktu consultation tu tak sedap di dengar, iaitu mati.
saya cuba search tengok apa kaedah lain yang ada terjumpa satu kaedah mengamalkan minum jus apple hijau 1 liter setiap hari dan hari terakhir jalankan kaedah ambil garam epsom ( magnesium sulfate). Doktor surgeon saya nasihat dia kata dia tahu cara tu ada ramai patience dia yang cuba dan akhirnya ICU tengah malam kesakitan tak terperi. batu dah turun sumbat kat salur. saya baru cuba 5 hari minum apple jus tu malangnya saya jadi demam semam seram sejuk secara mendadak tak kira waktu dan cirit birit sentiasa. belum sempat buat kaedah last ambil epsom salt. Lepas dah baik saya cuba cara minum jus delima dan kena cirit birit yang sama selepas beberapa hari. Saya tak pergi ke Haji Jamil ( Durian Tunggal, Melaka ) seperti yang diceritakan oleh ramai orang dia dapat mengeluarkan batu secara batin. Dah tak tahan menanggung sakit dan dah sebulan mencuba kaedah lain tak jalan akhirnya saya menjalani pembedahan laparaskopi.
Pembedahan saya di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (Gps 3.161624, 101.739959) jalan ampang dijalankan oleh doktor pakar bedah , DR Mahadevan.
Selepas pembedahan ada jugalah side effect yang saya rasa iaitu apabila gastrik saya menyerang rasa sakitnya dah tak macam dulu tapi teramat perit di dada dan kawasan ulu hati. kemungkinan baru lepas pembedahan dan baru dalam proses penyembuhan. kena ambil ubat gastrik selalu la nak mengelakkan sakit macam tu.
menurut doktor bedah saya , corak pemakanan saya perlu bertukar mengurang makanan berlemak dan bersusu serta berminyak untuk menjaga keadaan hati pula. sebab sokongan dari pundi dah tak ada. tapi dalam masa sebulan ke dua bulan waktu berpantang memang kena elak terus la makanan makanan macam tu. Senarai antara makanan yang tak boleh dimakan seperti kuning telur , sup yang berkrim macam sup cendawan, makanan bergoreng sebab ada minyak, chocolate, buah avocado, buah zaitun, daging merah macam daging lembu, kambing, peanut butter, cheese dan banyak lagi la yang berlemak . Jadi kalau tengok dari senarai makanan yang boleh di makan memang macam makan untuk nak kuruskan badan la seperti roti kosong, makanan yang tak berminyak dan creamy, bersusu.
itulah serba sedikit tentang pengalaman saya menempuh pembedahan yang pertama dalam hidup saya. walaupun kecil pembedahannya tapi nak menempuh berpantang dalam bab makan ni memang dugaan betul. yang pasti selepas ni kena banyak bersenam supaya kadar metabolisme badan dapat membantu menguraikan lemak dan koletrol. Tak la berat sangat hati saya nak berfungsi seorang diri.