Anak saya
yang kecil menghidap asthma. Memang kerap diserang dahulu. Macam macam cara
kami gunakan untuk mengesan punca serangan asthmanya, dan melalui dari pengalaman
kami dapat membaca satu-persatu punca serangan nya. Bermula dari mula mengesan
corak pemakanannya hinggalah cara asthma itu berlaku. Sebagai contoh kami dapat
mengenal pasti apa bahan yang di makan boleh memberi serangan asthma kepadanya.
Hinggalah keadaan sekeliling yang mengakibatkan serangan itu berlaku. Setelah kami
ingat kembali setiap kali menghadiri parti barbeku hari selepas itu mesti anak
yang kecil ini kena serangan asthma. Sama ada sederhana atau kuat. Memandangkan anak yang sulung juga mempunyai
sakit asthma yang sama dari kecil jadi pengalaman kami sebagai ibu bapa serba
sedikit membantu untuk mengenal pasti perubahan tindak tanduknya sebelum
serangan asthma yang berlaku menjadi teruk. Tindakan pantas kami adalah terus ke doctor paedetrician
kepercayaan kamilah. Mana lagi kalau bukan dr hasmawati yang terletak di klang
Gate iaitu Klinik Pakar Kanak Kanak Desa Melawati.(A-0-21 Jalan 2/4c ,Desa Melawati,53100,KL,Tel 03-41051962 ). GPS code 3.217138, 101.737675
Memang bebudak dua orang
puteri saya ni dari lahir saya percayakan dr hasmawati untuk rawatan kesihatan
mereka. Ok lah, nak cerita panjang pun saya bukannya doktor jadi tak lah pandai
sangat. Cuma yang saya perhatikan ialah dalam pembangunan yang serba moden ni
kerap kanak kanak generasi millennium kini yang di diagnos mempunyai sakit
asthma. Biasa lah kalau ada pembangunan mesti ada pengorbanan. Yang pasti
setiap punca serangan asthma bagi setiap individu adalah berbeza, kerana setiap
individu yang tercipta adalah unik.
Ok yang
sebenarnya apa yang saya nak share kat sini adalah pengenalan satu susu krim
dari mak saya untuk anak saya ini. Saya dan isteri memang tengok kotak tu tak
pernah lihat la. Namanya susu Hafidz yang di edar oleh Azizah Niaga Enterprise( ANE’S). mendengar nasihat dari mak saya kami pun mula cuba memberi kepadanya
susu tersebut. Dan dia suka minum susu tersebut. Susu Hafidz ni untuk kanak
kanak berumur 12 bulan ke atas sahaja. Susu ni memang susah nak nak jumpa kat
pasaraya atau kedai biasa. Bahan – bahan
yang ada di dalam susu ini juga menyakinkan iaitu seperti AHA, DHA, kalsium,
rumpai laut, serbuk madu, raisin, prune, spinach dan banyak lagi. Memang sedap
la susu ni rasanya.
gambar ihsan |
Kaitan yang
saya nak sharekan di sini ialah sejak mengambil susu itu hingga habis sekotak
kami perhatikan serangan asthma pada si kecil sudah berkurangan. Ini apa yang
berlaku pada pandangan saya la. Jadi saya pun terus sambung beli lagi susu ni
untuk anak saya. Memang setiap penyakit dari Allah dan Hanya Kepada Allah ia
kembali. Tapi kita juga di galakkan berusaha untuk mengurangkan kemudaratan
penyakit. Jadinya sumber pemakanan yang di ambil memang penting untuk
memastikan pembesaran kesihatan yang baik.