". PEARLKID: Anak anda selesema,flu dan asthma

Search the web

Monday, May 31, 2010

Anak anda selesema,flu dan asthma

selesema,flu dan asthma adalah tiga penyakit berbeza yang boleh dijangkiti oleh anak anda.Bagaimana untuk mengelak dari jangkitan ini adalah sukar walaupun semua langkah berjaga jaga telah diambil.seringkali dikaitkan dengan berhujan atau berembun di waktu malam.Atau jangkitan melalui udara.
Apa yang dapat dilakukan ialah menangani agar gejala tidak semakin serius.Apabila seorang anak sudah mula bercakap ianya mudah untuk memberitahu kita bahawa dia tidak sihat,tetapi berlainan keadaan apabila masih bayi.
Apa itu selesema?. Ianya satu jangkitan virus yang menyebabkan gangguan pada hidung dan kerongkong.
Gejala selesema ialah hidung meleleh dengan hingus atau tersumbat serta bersin.Suhu badan akan meningkat sedikit.sakit pada kerongkong mengakibatkan ketidakselesaan pabila makan,minum atau menyusu.disulami dengan batukkanak kanak seringkali mendapat selesema sebaik sahaja kehidupan harian mula berhubung dengan kanak kanak lain dan juga persekitaran luar.Selesema tidak hanya kerana sejuk seperti terkena hujan kaki yang basah dan berembun tetapi juga apabila terdedah kepada bersin atau batuk dari orang lain.
Amalkan menekap perlahan lahan hingus yang melelh dengan tisu.jangan menggosok dengan selalu kerana ia boleh mengakibatkan hidung menjadi sakit dan pedih.Jika suhu badannya melebihi tahap normal iaitu 37 celcius,pernafasan menjadi semput dan sukar,sakit pada bahagian telinga,kerongkong sakit hingga sukar untuk menelan,batuk yang serius dan tiada kemajuan selepas 3 hari segeralah berjumpa dengan doktor pakar.Risiko selesema yang berterusan ialah jangkitan dada atau telinga.Jangkitan sinusitis apabila bahagian sinus dijangkiti oleh selesema.sinus yang paling kerap dijangkiti tidak akan berkembang sehingga anak anda berusia 3 atau 4 tahun.
Flu atau juga di kenali sebagai influenza adalah penyakit mudah berjangkit disebabkan oleh beratus ratus virus yang berlainan.Jangkitan flu yang terbaru ialah influenza H1N1.Penyakit ini cenderung berlaku dalam bentuk wabak setiap 2 atau 3 tahun.Gejala flu ialah suhu badan yang meningkat.(tahap melebihi 39 celcius memerlukan pemerhatian kerana blh mendatangkan masalah kekejangan pada otak iaitu FIT) ,sakit kepala  dan sakit seluruh badan terutama sendi sendi, menggeletar yang sering dinamakan masyarakat kita sebagai rasa seram sejuk,hidung melelh,batuk dan juga sakit kerongkong.Jangkitan flu tanpa pemerhatian boleh memudaratkan kepada jangkitan dada seperti bronkitis dan pnemonia.sentiasa mengawasi suhu anak anda dan tahap higus yang meleleh.pastikan anak anda masih cergas.dapatkan pemerhatian doktor pakar jika berlanjutan melebihi 3 hari dan keadaannya semakin lemah.
Masalah asthma merupakan salah satu masalah yang kian meningkat di kalangan bayi yang baru lahir sekarang ini.Asthma ialah di mana sistem akut pernafasan individu terganggu di mana otot otot pernafasan seperti bronkus dan bronkiol menyempit.Masalah ini berpunca dari dari salasilah keturunan dan juga faktor lain. Jika anak anda megalami masalah asthma buat pertama kali amati faktor yang megakibatkan serangan ini setiap kali apabila dia di serang asthma.Ini dapat membantu untuk mengelakkan faktor serangan.Elakkan pemakanan yang memudaratkan seperti aiskrim,pisang, buah anggur dan sebagainya.Dapatkan khidmat paedetrician untuk mengetahui sama ada perlu menggunakan PUFF seperti (aero chamber).

Apa yang dapat dilakukan?...





  • Ambil suhu anak anda sentiasa apabila jangkitan menyerang. sentiasa pastikan termometer anda di dalam keadaan baik.Berikan ubat eliksir parasetamol mengikut urutan dan sukatan yang betul.basahkan dahi dan belakang tengkuk atau telinga kerana bahagian ini mengawal suhu badan dengan kain basah.(boleh juga menggunakan air perhan asam jawa atau air dari daun sireh atau dari daun bunga mawar putih)






  • Lumurkan krim rintangan seperti Vicks  di bawah dan di seliling lubang hidung. ini dapat membantu melegakan saluran pernafasan anak anda supaya lebih oksigen disedut oleh badan untuk pegembangan otak dan dan aliran darah.






  • Sapukan ubat sapuan dada bermenthol jika usianya sudah melebihi setahun . sapukan juga pada tapak kakinya dan pakaikan stokin






  • Renjiskan titisan menthol pada sapu tangan dan letakkan berdekatan dengan bantal tidurnya.






  • Tinggikan bahagian kepala tempat tidur untuk mengurangkan tekanan pada peparu untuk pernafasan.




    • Pastikan suhu bilik dalam keadaan sederhana dan tidak terlalu keing atau sejuk. Jika anda menguunakan penghawa dingin naikkan suhunya dan letakkan air didalam bekas dan ditempatkan di dalam bilik untuk mengelakkan penyahhidratan.
    • Hindarkan diri anda dari individu jika anda mengalami jangkitan .
    Dapatkan lebih lanjut mengenai penakit ini di sini...
    http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Selesema.pdf
      Jika anda ada apa apa tips yang hendak di kongsikan ulaskan di dalam ruang komen agar kita dapat berkongsi untuk generasi baru kita.