Sudilah menyelami antara nasihat yang hendak kami sampaikan. Dari penyampaian oleh Habib Ali Zaenal Abidin naskah bertajuk "Nasihat Buat Hati"
Alhamdulillah dengan izin ilahi dapat juag aku menghadiahkan naskah kecil ini kepada insan yang tercinta.
Utamakan Ahli Keluarga
Suatu ketika, Nabi Muhammad S.A.W berhenti rehat di
sebuah kebunyang dimiliki oleh seorang lelaki daripada golongan Ansar yang
digelar dengan nama Talhah. Kebunnya begitu luas dan padanya terdapat sumber
air yang sering dijadikan penduduknya sebagai air minuman. Kedudukan kebun ini
dahulunya dekat dengan Masjid Nabawi. Dan kebiasaannya apabila Nabi singgah di
kebun berkenaan, Nabi akan meminum air yang berada dalam kawasan kebun itu.
Pada suatu hari, Talhah menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan
berkata kepada Baginda, “ Wahai Rasulullah, saya adalah lelaki yang paling kaya
dalam kalangan masyarakat Ansar. Dalam kesemua harta yang saya miliki, kebun
yang memiliki sumur air yang kamu minum ini adalah yang paling saya sayangi.
Maka kerana seruan Tuhan, dengan ini saya mewakafkan kebun pada jalan Allah.
Jadi sebagai seorang ketua bagi kami, kamu berhak menentukan siapa yang
selayaknya mengambil manfaat dari kebun ini, wahai Rasulullah”.
·
Akhlak Para Sahabat
Sekarang, masih adakah sikap
sebegitu? Hakikat manusia sekarang, semakin saying, semakin disimpan harta itu.
Jangan harap hendak disedekah kepada orang lain. Yang disedekahkan itu pasti
bahagian lebihan ataupun yang kurang disayangi, begitulah kebiasannya. Penulis
tidak maksudkan semua orang, tetapi kebanyakannya begitu. Lihat sahaja pakaian
yang disedekahkan kepada fakir miskin, koyak di situ, tampal di sini, sedangkan
baju baru disimpan sahaja di dalam almari.
Penulis tidak mengatakan salah
menderma barang sebegitu. Yang ingin penulis terangkan adalah perbezaan sifat
dermawan para sahabat dan sifat dermawan manusia pada masa kini. Para sahbat
berlumba-lumba mahu jadi penderma yang baik di sisi Allah S.W.T. Sebab itu
mereka tidak kedekut ataupun berkira-kira bagi menderma apa sahaja, meskipun
harta kepunyaan itu sungguh mereka sayangi. Itu adalah sebaik-sebaik sedekah
dan wakaf dalam Islam.
"Selepas mengambil kira nilai keikhlasan dalam memberi, penderma yang terbaik adalah mereka yang sanggup menderma harta yang paling baik, paling elok dan paling berharga kepunyaannya, meskipun ia hanya sekecil buah tamar".
· Yang Paling Berhak
Mendengar ucapan tersebut, Nabi Muhammad S.A.W dalam keadaan penuh
ketenangan seolah-olah mengetahui dan dapat merasakan bahawa masih terdapat
sesuatu yang menjadi kekurangan dalam diri Talhah. Dan pasti sahaja segala
keputusan dan arahan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya akan dituruti sehabis baik.
Ini kerana, Nabi adalah sebaik-baik insane yang diutuskan bagi memberi petunjuk
kepada umatnya perihal apa yang terbaik untuk mereka lakukan.
Kemudian Nabi menjawab, “Sesungguhnya
aku sudah mendengar kesemua yang dibicarakan oleh kamu. Seperti kata-kata kamu
sebentar tadi, aku mempunyai peluang bagi menentukan siapa yang menentukan
siapa yang berhak ke atas kebun ini. Maka dengan itu wahai Talhah, orang yang
berhak ke atas kebun yang kamu sayangi ini adalah ahli keluarga kamu.”
· Mengapa Keluarga Perlu Diutamakan?
Dalam Islam, kita diajar supaya mendahulukan ahli keluarga dan kaum
kerabat dalam memberikan pertolongan. Ini kerana, dalam keluarga sendiri hanya
kita yang lebih mengetahui siapa yang lebih memerlukan dan siapa yang lebih
susah berbanding orang lain. Sekiranya setiap daripada kita memahami nilai ini,
pasti nasib setiap keluarga akan terbela dan terjaga.
Ukhwah antara keluarga
boleh diibaratkan seperti segenggam benih yang diikat dalam karung guni. Hanya
benih dalam ikatan itu mengetahui benih mana yang sedang subur membesar ataupun
akan rosak dan mati. Amat tidak masuk akal sekiranya dibiarkan benih yang tidak
subur untuk terus mati kekeringan, kerana ingin membantu benih dalam karung
lain yang belum tentu semua jangka hayatnya.
Pendek kata, keluarga
sendiri, hanya kita lebih mengetahui keadaan mereka berbanding orang lain. Susah
dan sedih mereka hanya kita yang lebih memahami. Maka, jangan pula kita menanti
orang lain datang menolong mereka tanpa kita terlebih dahulu cuba menolong.
Siapa yang akan membantu, bila bantuan akan muncul? Ya, kita tidak tahu.
Jangan salah faham,
bukan bermakna agama Islam tidak menggalakkan umatnya menolong mereka yang
bukan darah daging mereka, bukan begitu. Cuma ia membawa maksud, sekiranya ada
dalam keluarga ataupun saudara-mara yang mengalami kesusahan, maka kita
terlebih dahulu yang wajib dan bertanggungjawab menolong mereka.
Adakah kita sanggup
membiarkan mereka berjalan ke sana dan ke mari mengetuk pintu rumah orang lain
yang bukan darah daging mereka bagi meminta bantuan, sedangkan ahli keluarganya
sendiri yang tinggal dalam kesenangan dan keselesaan hidup, hanya menggoyangkan
kaki? Dalam Islam perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi dan ia adalah satu
kesalahan yang besar dalam institusi kekeluargaan.
Tidak salah bagi
menolong orang lain. Cuma, rajin-rajinkan diri bertanya khabar dan bertanya hal
ehwal saudara sekeluarga dengan kita. Indahnya ajaran Islam, betapa makmur dan
bahagianya institusi keluarga sekiranya perkara ini menjadi prinsip yang sebati
dalam hidup semua umat islam.
Selain itu, menjadi
keutamaan bagi setiap Muslim supaya mendahulukan ahli keluarganya kerana ia
dapat menutup pintu cemburu dan hasad dengki yang dapat membawa kepada jalan
perpisahan antara keluarga. Masakan tidak, pasti ahli keluarga yang terlebih
dahulu berasa sedih dan kecewa sekiranya mereka tidak dapat berasa apa-apa
pemberian daripada kita walaupun sedikit, kerana sikap kita yang lebih
mengutamakan orang lain.
Ya, sekiranya ahli
keluarga sudah senang dan juga kaya-raya tidak mengapa. Mungkin mereka tidak
mudah berasa hati dengan perkara ini, namun bagaimana sekiranya mereka miskin
dan begitu memerlukan? Bukankah kita sudah berlaku zalim kepada mereka kerana
sanggup mengenepikan mereka yang lebih memerlukan?
Utamakan kebajikan
mereka. Kadangkala bagi ahli keluarga kita yang berharta, mereka tidak pun
menginginkan pemberian harta ataupun wang. Cukup sekadar hadiah ikhlas sebagai
tanda ingatan. Jangan pula ada dalam kalangan kita yang salah faham dan
bersikap berlebih-lebihan dalam berbuat baik kepada ahli keluarga, hingga
saudara Islam lain yang benar-benar memerlukan pula tidak dibantu. Fahami
konsep dan prinsip ini dengan sebaiknya.
Juga, jangan pula menutup hak orang lain semata-mata bagi melebihkan ahli keluarga sendiri, kerana ia langsung tidak menepati tuntutan dan keinginan Islam. Siapa yang melakukannya sudah bercanggah dengan ajaran yang sebenarnya. Sekiranya benar hak itu kepunyaan orang lain, maka jangan diceroboh dan diambil atas nama melakukan kebajikan kepada ahli keluarga.
semoga kisah nasihat yang dikongsikan ini dapat memberi nilai kasih sayang antara kami sekeluarga.
akhir kata sejulung terima kasih kepada saudara Nur Mohamad Adli Rosli yang memberi kebenaran atas perkongsian nasihat yang amat berguna ini.
semoga kekal abadi didalam ingatan kami.
dapatkan naskah anda di sini
https://shopee.com.my/mycave77