Cubaan untuk
meningkatkan produktiviti diri, saya mengorak langkah menyambung pembelajaran
dalam bidang diploma business management. Saya belajar di Open
University College (OUM ). Sebagai pelajar kursus jarak jauh bukan
sepenuh masa. 'Colloboration' kursus yang baik ditawarkan oleh syarikat saya dan Open Universiti College untuk mewujudkan lebih ramai pekerja yang berprestasi mencapai objektif 'Quality Management System' merealisasikan objektif syarikat. Terima kasih di atas peluang yang diberi. OUM ini di akreditasi oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Main campus di
GPS: 3.160297, 101.690880
OUM
ni banyak menyediakan kursus kursus untuk kita yang dah bekerja ni. Belajar
sambil bekerja, rasanya memang perlu la nak menempuh keadaan ekonomi hidup di
bandar yang semakin meningkat maju ni. 'Credential' diri dengan adanya
pengalaman bekerja sahaja tak cukup kata suami saya. Apapun rezeki masing
masing di dunia berbeza. Dah lama tak masuk kelas kekok juga pada mulanya.
untuk pembelajaran pertama saya perihal pengurusan( management). Tugasan
artikel pertama saya mengenai peranan peranan yang dimainkan oleh
pengurus-pengurus.
Abstrak yang di petik
dari tugasan pertama saya.
Penubuhan
sesebuah syarikat didalam ekonomi negara di bidang perniagaan bertujuan
melestarikan matlamat dan visi yang dipersetujui oleh pemilik-pemilik syarikat.
Menuju ke arah pencapaian matlamat syarikat, sesebuah organisasi yang
ditubuhkan terdiri dari pelbagai lapisan pekerja dalam bidang pengkhususan
kerjaya yang telah di tentukan oleh sesebuah organisasi. Untuk memastikan
perancangan aktiviti pihak syarikat dilaksanakan dengan teratur maka wujudlah
pekerja yang berpangkat pengurus untuk melaksanakan tanggungjawab tertentu yang
telah di amanahkan oleh pihak syarikat untuk meguruskan aktiviti harian
syarikat. Dengan ini seorang pengurus dapat didefinisikan sebagai individu yang
merancang, mengorganisikan, memimpin dan mengawal pekerja (manusia) dan kerja-kerja
dalam organisasi bagi mencapai matlamat atau visi. Untuk organisasi syarikat
yang besar di mana terdapat beberapa cawangan, unit dan division, maka akan
terdapat beberapa orang pengurus yang akan dipertanggungjawab oleh syarikat
untuk menguruskan struktur pengkhususan kerja dalam cawangan, unit atau
division masing-masing. Matlamat utama pengurus untuk memastikan aktiviti yang
dijalankan oleh pekerja menepati standard untuk menuju ke arah pencapaian
matlamat organisasi adalah sama bagi setiap pengurus tetapi berbeza dari cara
perlaksanaannya. Ini kerana setiap pengurus dalam syarikat dipertanggungjawab
untuk memainkan peranan yang tertentu.
Berdasarkan kepada
penyelidikan yang dijalankan oleh Henry Mintzberg, terdapat 10 peranan pengurus
yang diklaskan kepada 3 kategori utama iaitu :
Peranan Antara Perorangan Pengurus :
· Contoh
peranan : sebagai seorang Tunggak atau Simbol, pemimpin dan perhubungan bagi
pihak organinsasi.
Peranan Maklumat Pengurus :
· Contoh
peranan : sebagai seorang Pengawas atau pemantau, pengagih dan jurucakap bagi
pihak organisasi.
Peranan Membuat Keputusan Pengurus :
· Contoh
peranan: sebagai seorang Usahawan, pengawal gangguan ( pengaman), penguntuk
sumber dan perunding bagi pihak organisasi.
PERANAN
PENGURUS DALAM ORGANISASI
Peranan
Sebagai Tunggak atau Simbol
Dalam
erti kata lain, pengurus ini berperanan sebagai seorang penghubung antara
individu. Antara peranan yang dijalankan ialah melakukan perundingan dan aktiviti
sosial. Pengurus ini juga diklasifikasikan sebagai orang nombor satu
dalam organisasi.
Contoh-contoh aktiviti
yang dimainkan oleh peranan pengurus tersebut ialah :
Membuat tugas-tugas sosial
Bertanggungjawab
menyambut tetamu atau pelanggan
Menghadiri
perkahwinan pekerja
Membawa
pelanggan makan tengah hari
Menandatangani
dokumen-dokumen penting
Merasmikan
acara seperti memotong riben atau upacara pecah tanah
Peranan
sebagai Ketua atau Pemimpin
Peranan
seorang pengurus juga adalah sebagai seorang ketua atau pemimpin. Tanggungjawab
sebagai seorang ketua atau pemimpin ini adalah amat besar dan penting, ini
kerana pengurus ini merupakan orang yang berkemampuan untuk mempengaruhi
keputusan orang lain. Dalam erti kata lain, setiap keputusan dan
tindak-tanduknya di pandang tinggi dan dihormati oleh pihak bawahan dan pihak
yang berurusan.
Seorang
pemimpin harus mempunyai ciri-ciri tertentu yang membolehkan diri mereka
dihormati dan disanjungi sebagai seorang pemimpin. Antara ciri-ciri yang perlu
ada pada seorang pemimpin yang berperanan sebagai seorang ketua atau pemimpin
adalah :
ɤ
Pengurus ini mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas.
ɤ
Pengurus ini bertanggungjawab menangani risiko-risiko yang dihadapi oleh
organisasi
ɤ Seorang
yang bertanggungjawab mengambil berat dalam hal organisasi.
ɤ
Berkongsi kejayaan dengan pekerja-pekerja di bawah nya
ɤ
Sanggup menerima dan memikul tanggungjawab yang besar
Oleh
kerana seorang pengurus yang berperanan sebagai ketua atau pemimpin ini kerap
berhubungan terus dengan ahli di organisasi, kerja-kerja yang dilakukan oleh
beliau adalah lebih kepada menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam
hal yang berkenaan dengan pekerja pekerja dalam organisasi. Ini
termasuklah dari segi penstrukturan pembayaran gaji, menyediakan
latihan-latihan intensif , memberi peluang kenaikan pangkat, membuang pekerja
yang bermasalah dan memberi motivasi kepada pekerja. Selain dari itu,
seorang pemimpin bertanggungjawab dalam mengawal dan memastikan semua aktiviti
dijalankan mengikut pelan atau rancangan yang telah ditetapkan oleh
organisasi dan juga setiap masa memberi dorongan kepada semua ahli agar komited
dalam meguruskan tugas yang diberikan secara berkesan untuk mencapai matlamat
unit dan organisasi.
Peranan
sebagai Penghubung
Peranan
pengurus dalam organisasi sebagai seorang penghubung bermaksud pengurus
perlu bekerja dengan setiap individu dalam organisasi mahupun orang luar demi
mencapai matlamat organisasi. Dalam organisasi, pengurus perlu berhubung
dengan pengurus-pengurus yang lain samada di jabatan yang sama atau dari
cawangan yang lain dan juga individu yang lain. Peranan sebagai pengurus
penghubung adalah penting dalam memastikan kestabilan komunikasi di antara
organisasi dan pihak luar yang berkaitan.
Sebagai
contoh seorang pengurus yang berperanan sebagai seorang penghubung ialah,
sebagai seorang pengarah pendidikan, beliau perlu ada hubungan dengan
pengetua-pengetua di semua sekolah. Pengurus juga perlu berhubung dengan
individu yang penting di luar organisasi. Contohnya, sebagai seorang
pengurus jualan yang mana beliau perlu berinteraksi dengan pengurus-pengurus
jualan dari syarikat lain.
Nampak
gayanya pening jugalah dengan assignment sepanjang tahun ni dan tahun depan.
Semoga apa yang saya lakukan di rahmati Allah S.w.t.