Ambillah iktibar dari cerita yang di sampaikan,
Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda,
Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu
kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada
di situ dengan nada yang ceria. Rasulullah dengan tenang berkata kepada
puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari
4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan
bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh
itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam
bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang
sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang
kecil.