Hi and salam. Lama tak post kat sini. Sepanjang tempoh ni banyak yang berlaku dan Alhamdulillah semua dipermudahkan olehnya. Oh ya blog ni memang caca marba sikit. Kejap post in english kejap bahasa pasar. The purpose have been change. Rasanya lepas ni bahasa pasar lebih mudah. post kali ni panjang dari biasa...boring jugak ye. ala ala cerpen.
Post kali ni berkenaan ahli baru keluarga kami. Ini memang lain sikit seperti ditakdirkan. Berlaku pada 8 julai 2016 mlm tu saya dan wife really not in the mood . Selepas ambil anak dari rumah mak dalam menyusuri lorong yang gelap, tetiba sebuah teksi agak laju memasuki simpang menuju terus ke arah kereta kami. Alhamdulillah kedua dua kereta sempat emergency brake. Lebih kurang 5 minit juga la kedua dua kami tak bergerak . Terkejut jugak berdebar hati berzikir panjang saya. Kemudian teksi tersebut bergerak ke laluannya kembali dan terus berlalu. Saya kembali tenang. Apabila nak bergerak tetiba saya perasan seekor anak bulus kecil di hadapan. Saya bergerak ke kanan perlahan,anak bulus tersebut ikut ke kanan. Saya ke kiri dia pun ke kiri. Saya undurkan kereta anak bulus tersebut menghampiri. Ahh sudah nampak gayanya anak bulus ni baru tahu berjalan. Isteri dan anak anak memujuk saya turun melihat keadaan anak bulus tersebut. Hmmm kami ni mana pernah bela kucing. Ni dah hampir pukul 10 apa pulak la ni . Badan dah penat. Saya mengambil keputusan keluar mengenepikan anak bulus tersebut. Keluar dari kereta saya perasan seekor tubuh anak bulus berwarna oren terkujur di laluan sebelah. Alamak sedihnya. Saya teringat ada hadis ttg menanam kucing jika mati. Tapi tengah mlm ni. Kiri jalan belukar , kanan jalan rumah kosong. Mana pulak dtng anak kucing berdua ni. Apa boleh buat , saya mengangkat tubuh bulus oren yang mati tu dan letakkan di tepi jalan atas rumput. Nak korek lubang memang tak ada peralatan. Hmm yang lagi seekor ni saya ambil masuk ke dalam kereta. Setelah berbincang dengan wife kami patah balik ke rumah mak dan ingin letakkan di situ tapi tak berdaya. So, cadangan kami esok hantar ke spca. Kami terus cari kedai pets yang masih buka akhirnya ketemu satu kedai. Uncle owner tu cerita macam macam pasal anak kucing. Katanya biasa mmg susah nak survive tanpa ibu. Buang kat pasar pun belum tentu survive. Ambil sedikit nasihat dari uncle tu kami beli wet food dan uncle tu belanja satu.
Lulu Amani 8julai 2016 300gram |
Esok paginya kami memulakan misi untuk menghantar ke Spca. Sebelum pergi saya bersihkan mata anak bulus ni sebab macam sakit mata , tahi mata banyak. Dalam perjalanan ke Spca ampang wife terlintas untuk bawa ke vet dulu . Kami pun singgah ke vets di taman melawati. Kena register nama la pulak. Terus letak nama LuLu. Vets pun menjalankan tugas membersihkan kutu dan sebagainya. Katanya anak bulus ni demam selsema. Kalau hantar ke Spca pun belum tentu terima sebab anak kucing terbiar memang banyak. Pendekkan cerita kami berpatah balik ke rumah dan decide untuk menjaganya sehingga sihat. Ini lah dia si Lulu Amani.
Sekarang tanpa kami sedari sudah hampir 4 bulan Lulu Amani bersama kami dan kami memiliki pets yang pertama. Lebih tepat lagi ahli keluarga baru.
Sebelum mengambil keputusan nak jaga tu memang banyak hal yang saya dan isteri pertimbangkan. Dalam research yang kami buat memang banyak juga kebaikan menjaga kucing . Antaranya dari segi kesihatan iaitu terapi kepada hypertension, masalah kardiovaskular , terapi kesabaran dapat membantu untuk membaca.. hmm banyak juga yang positif. Iyelah kucing ni kan antara binatang kesayangan nabi Muhammad SAW. kucing Nabi bernama mueeza. Maqasid 'Ammah,ikut syariah dan sunnah pasti untuk kebaikan.
Banyak juga perkara syariah dan hadis yang perlu dipatuhi seperti menjaga keharmonian kejiranan. Kucing ni tidak mukallaf macam kita . Apa yang dia buat kencing bersepah ke atau bau najis yang mengganggu jiran kita tuannya akan menanggung dosa. Itu kena jaga. Dari segi menjaga ibadah pula tentang hukum bulu kucing. Ada hadis mengatakan tidak sah solat jika ada bulu kucing pada pakaian, ada kelonggarannya dalam salah satu ceramah ustaz azhar idrus. Pun nak kena jaga. Bab najisnya juga kategori bukan najis berat (mutawassitah.). Memandulkan juga hukumnya harus mengelakkan maslahah ammah. Banyak juga la yang saya pelajari dan kehadiran Lulu Amani juga banyak membawa perubahan kepada kehidupan kami sekeluarga. Kami yakin apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik untuk kami. dan Rezeki dan Rahmat hanya dari Nya. kami bukan lah original cat lovers malah tak pernah ada pets pun tetapi kami belajar menyayangi Lulu Amani. kerana di situ juga mengajar kita bertanggungjawab. bela kucing rezeki bertambah ? klik link tentang rezeki barakah. ayat yang bold link tu ceramah berkaitan.
insta Lulu Amani oct 2016 |