". PEARLKID: April 2016

Search the web

Sunday, April 24, 2016

Therapy Untuk Bayi Juandice Atau Sakit Kuning Dirumah Sendiri

Salam sejahtera kepada anda semua. setelah sekian lama menyepi dari dunia maya, satu perkara telah mengorak hati saya untuk berbicara dan berkongsi di sini. Post terdahulu pada tahun 2010 kami pernah berbicarakan tentang fenomena sakit kuning ataupun jaundice di dalam blog ini. Bayi yang baru lahir terkena sakit kuning atau jaundice memang sudah  menjadi kebiasaan bagi masyarakat sekarang dan terdahulu . Mana mana hospital pusat perubatan di bahagian bersalin atau paedatrician dipenuhi dengan bayi dalam rawatan , iaitu rawatan Phototherapy.
ihsan gambar firefly phototherapy HOMETHERAPYy.com
Semua kita pastinya familiar dengan rawatan ini. Masyarakat terdahulu ada juga menjalankan rawatan ini dengan cara menjemur kan bayi di bawah sinar matahari pagi. Sehingga kini masih ada sesetengah masyarakat mengamalkan cara menjemur bayi di bawah sinar matahari di waktu pagi. Namun keadaan persekitaran dan cuaca kini kurang elok tidak seperti zaman terdahulu. Dengan keadaan cuaca El nino yang kita alami di Malaysia sekarang dan juga keadaan udara yang berjerebu, saya rasa kurang sesuai untuk menggunakan kaedah lama tersebut. Walaupun hospital dan pusat perubatan swasta di Malaysia ada menyediakan peralatan rawatan phototherapy tetapi ada masanya peralatan tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit.
Kepada "netizen" di alaf ini dengan kemudahan internet yang tersedia, kemudahan rawatan tersebut
telah tersedia oleh beberapa syarikat. Servis yang diberikan adalah untuk memudahkan kita mendapat rawatan phototherapy ini di rumah sendiri dengan keselesaan tersendiri. Antaranya seperti HomeTherapyy.com syarikat bumiputera malaysia yang menyediakan khidmat peralatan phototherapy
yang mudah diuruskan sendiri. Peralatan yang agak mahal ini boleh diperoleh untuk kegunaan alternatif di rumah secara "rental basis". Kepada ibubapa yang berminat dan merasakan kesesuaian untuk mendapatkan khidmat alat rawatan ini boleh berhubung dengan Hometherapyy.com yang beroperasi secara online dan berpusat di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Ini adalah sekadar kaedah alternatif yang mungkin dapat membantu sesetengah ibubapa yang merasakan kesesuaian keadaan mereka untuk menjalani rawatan phototherapy dalam keadaan persekitaran rumah sendiri.
kepada yang berminat boleh menghubungi terus ke Hometherapy.com untuk maklumat lebih lanjut tentang prosedur dan perkhidmatan yang disediakan. Sewa mesin Phototherapy (firefly phototherapy) anda dengan Bright Dynamic Solution di website Hometherapyy.com