". PEARLKID: March 2015

Search the web

Saturday, March 14, 2015

Peranan Peranan Pengurus - Tugasan Pertamaku di OUM (open university college)

Cubaan untuk meningkatkan produktiviti diri, saya mengorak langkah menyambung pembelajaran dalam bidang diploma business management. Saya belajar di Open University College (OUM ). Sebagai pelajar kursus jarak jauh bukan sepenuh masa. 'Colloboration' kursus yang baik ditawarkan oleh syarikat saya dan Open Universiti College untuk mewujudkan lebih ramai pekerja yang berprestasi mencapai objektif 'Quality Management System' merealisasikan objektif syarikat. Terima kasih di atas peluang yang diberi. OUM ini di akreditasi oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Main campus di 
GPS: 3.160297, 101.690880

OUM ni banyak menyediakan kursus kursus untuk kita yang dah bekerja ni. Belajar sambil bekerja, rasanya memang perlu la nak menempuh keadaan ekonomi hidup di bandar yang semakin meningkat maju ni. 'Credential' diri dengan adanya pengalaman bekerja sahaja tak cukup kata suami saya. Apapun rezeki masing masing di dunia berbeza. Dah lama tak masuk kelas kekok juga pada mulanya. untuk pembelajaran pertama saya perihal pengurusan( management). Tugasan artikel pertama saya mengenai peranan peranan yang dimainkan oleh pengurus-pengurus. 

Abstrak yang di petik dari tugasan pertama saya.

Penubuhan sesebuah syarikat didalam ekonomi negara di bidang perniagaan bertujuan melestarikan matlamat dan visi yang dipersetujui oleh pemilik-pemilik syarikat. Menuju ke arah pencapaian matlamat syarikat, sesebuah organisasi yang ditubuhkan terdiri dari pelbagai lapisan pekerja dalam bidang pengkhususan kerjaya yang telah di tentukan oleh sesebuah organisasi. Untuk memastikan perancangan aktiviti pihak syarikat dilaksanakan dengan teratur maka wujudlah pekerja yang berpangkat pengurus untuk melaksanakan tanggungjawab tertentu yang telah di amanahkan oleh pihak syarikat untuk meguruskan aktiviti harian syarikat. Dengan ini seorang pengurus dapat didefinisikan sebagai individu yang merancang, mengorganisikan, memimpin dan mengawal pekerja (manusia) dan kerja-kerja dalam organisasi bagi mencapai matlamat atau visi. Untuk organisasi syarikat yang besar di mana terdapat beberapa cawangan, unit dan division, maka akan terdapat beberapa orang pengurus yang akan dipertanggungjawab oleh syarikat untuk menguruskan struktur pengkhususan kerja dalam cawangan, unit atau division masing-masing. Matlamat utama pengurus untuk memastikan aktiviti yang dijalankan oleh pekerja menepati standard untuk menuju ke arah pencapaian matlamat organisasi adalah sama bagi setiap pengurus tetapi berbeza dari cara perlaksanaannya. Ini kerana setiap pengurus dalam syarikat dipertanggungjawab untuk memainkan peranan yang tertentu.
Berdasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan oleh Henry Mintzberg, terdapat 10 peranan pengurus yang diklaskan kepada 3 kategori utama iaitu :
                 Peranan Antara Perorangan Pengurus :
·         Contoh peranan : sebagai seorang Tunggak atau Simbol, pemimpin dan perhubungan bagi pihak organinsasi.

Peranan Maklumat Pengurus :
·         Contoh peranan : sebagai seorang Pengawas atau pemantau, pengagih dan jurucakap bagi pihak organisasi.
                  Peranan Membuat Keputusan Pengurus :
·         Contoh peranan: sebagai seorang Usahawan, pengawal gangguan ( pengaman), penguntuk sumber dan perunding bagi pihak organisasi.
 PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI
 Peranan Sebagai Tunggak atau Simbol

Dalam erti kata lain, pengurus ini berperanan sebagai seorang penghubung antara individu. Antara peranan yang dijalankan ialah melakukan perundingan dan aktiviti sosial. Pengurus ini  juga diklasifikasikan sebagai orang nombor satu dalam organisasi.
Contoh-contoh aktiviti yang dimainkan oleh peranan pengurus tersebut ialah :
 Membuat tugas-tugas sosial
Bertanggungjawab menyambut tetamu atau pelanggan
Menghadiri perkahwinan pekerja
Membawa pelanggan makan tengah hari
Menandatangani dokumen-dokumen penting
Merasmikan acara seperti memotong riben atau upacara pecah tanah

Peranan sebagai Ketua atau Pemimpin 

Peranan seorang pengurus juga adalah sebagai seorang ketua atau pemimpin. Tanggungjawab sebagai seorang ketua atau pemimpin ini adalah amat besar dan penting, ini kerana pengurus ini merupakan orang yang berkemampuan untuk mempengaruhi keputusan orang lain. Dalam erti kata lain, setiap keputusan dan tindak-tanduknya di pandang tinggi dan dihormati oleh pihak bawahan dan pihak yang berurusan.

Seorang pemimpin harus mempunyai ciri-ciri tertentu yang membolehkan diri mereka dihormati dan disanjungi sebagai seorang pemimpin. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin yang berperanan sebagai seorang ketua atau pemimpin adalah :
ɤ Pengurus ini mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas.  
ɤ Pengurus ini bertanggungjawab menangani risiko-risiko yang dihadapi oleh organisasi 
ɤ Seorang yang bertanggungjawab mengambil berat dalam hal organisasi.
ɤ Berkongsi kejayaan dengan pekerja-pekerja di bawah nya  
ɤ Sanggup menerima dan memikul tanggungjawab yang besar

Oleh kerana seorang pengurus yang berperanan sebagai ketua atau pemimpin ini kerap berhubungan terus dengan ahli di organisasi, kerja-kerja yang dilakukan oleh beliau adalah lebih kepada menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam hal yang berkenaan dengan pekerja pekerja dalam organisasi.  Ini termasuklah dari segi penstrukturan pembayaran gaji, menyediakan latihan-latihan intensif , memberi peluang kenaikan pangkat, membuang pekerja yang bermasalah dan memberi motivasi kepada pekerja.  Selain dari itu, seorang pemimpin bertanggungjawab dalam mengawal dan memastikan semua aktiviti dijalankan mengikut pelan atau rancangan  yang telah ditetapkan oleh organisasi dan juga setiap masa memberi dorongan kepada semua ahli agar komited dalam meguruskan tugas yang diberikan secara berkesan untuk mencapai matlamat unit dan organisasi.

Peranan sebagai Penghubung

Peranan pengurus dalam organisasi sebagai seorang penghubung bermaksud  pengurus perlu bekerja dengan setiap individu dalam organisasi mahupun orang luar demi mencapai matlamat organisasi.  Dalam organisasi, pengurus perlu berhubung dengan pengurus-pengurus yang lain samada di jabatan yang sama atau dari cawangan yang lain dan juga individu yang lain. Peranan sebagai pengurus penghubung adalah penting dalam memastikan kestabilan komunikasi di antara organisasi dan pihak luar yang berkaitan.
Sebagai contoh seorang pengurus yang berperanan sebagai seorang penghubung ialah, sebagai seorang pengarah pendidikan, beliau perlu ada hubungan dengan pengetua-pengetua di semua sekolah.  Pengurus juga perlu berhubung dengan individu yang penting di luar organisasi.  Contohnya, sebagai seorang pengurus jualan yang mana beliau perlu berinteraksi dengan pengurus-pengurus jualan dari syarikat lain.

Nampak gayanya pening jugalah dengan assignment sepanjang tahun ni dan tahun depan. Semoga apa yang saya lakukan di rahmati Allah S.w.t.