". PEARLKID: 2014

Search the web

Monday, June 30, 2014

Tm unifi Setting Router Wifi D-Link Wbr2300 Bagi Pengguna Mudah.

Saya adalah TM Unifi user. Ya saya baru mengaplikasikan penggunaan internet Tm Unifi setelah sekian lama melayari internet menggunakan broadband hotspot sahaja. Kawasan rumah saya network element yang ada untuk unifi so tak boleh pasang streamyx. Pakej home yang rendah 5mb dah cukup untuk 'multitasking' antivirus update dan buffer online movie serentak. Jadinya bagi saya memang perubahan penggunaan dari segi bandwith dan kelajuaan yang besar la dalam melayari internet ni. Saya ni bukannya 'Tech Geek " sangat. boleh la faham sikit sikit kalau nak buat sikit perubahan atau "setting". Apa yang saya nak kongsi adalah keutamaan apabila menggunakan Tm unifi.Sebagai pengguna kita prihatin takut kena "Hacked" atau "Hijack" bila melayari internet ni.Kerenah "Hacking" ni terdiri dari banyak sudut. So dalam masa 2 hari selepas "authorised Contractor" dari Tm datang pasang saya mula la menggodek "features" yang ada kat dalam router D-Link wbr2300 ni. Bila buat search kat internet memang banyak tips tips yang ada. Banyak jugalah cerita tentang router lama Dlink 615 Tm yang senang di "hack". Kat sini saya nak kongsi tentang penggunaan Wifi oleh standard Router Tm unifi ini sahaja. Kalau nak cerita specific tentang segala benda kita dah ada manual yang dilampirkan sekali. Nak cerita tentang Wan , Lan dah terlampau mendalam. contohnya tentang PPPOE password, inilah username dan password yang standard telah di'set'kan oleh Tm unifi.

Nak bukak firmware feature D-Link dalam manual ada diberi address location nya iaitu 192.168.0.1. standard username admin yang memang tak boleh nak tukar dan password yang diberi standard dalam manual. Pertama sekali di nasihatkan untuk tukar password ni pakai password sendiri nak elak dari di akses oleh pengguna lain. tukar kat sini bila dah masuk paparan tu ; pergi ke tab 'management' dan 'scroll' ke user management , click 'edit' , tukar password dan 'submit'.ok selesai satu 'security'. Untuk password PPPOE dan username tu kalau nak tukar seeloknya call TM unifi technical staff. Kalau password tak kena dengan sistem diorang nanti connection WAN untuk layari internet disconnect. Yang saya tahu dari pengalaman dulu sistem kat TM ni diorang boleh 'monitor ' kalau username kita ada di pakai luar dari alamat yang kita register. kalau kita nak tukar password PPPOE request dari Tm technical unit nanti email untuk reset password di hantar ke email utama kita yang di register dalam sistem TM. Hanya hacker yang tech savvy je selalu hack dan guna login Wan kita untuk dapatkan pakej speed kita. Untuk Wan connection kita pulak kat Tm server pun ada install firewall.

ok balik ke tajuk tentang wifi. Penggunaan Wifi ni la yang selalunya orang curi untuk guna. Bila kena curi guna mula lah kelajuan internet yang kita pakai 'slow'. Banyak user dalam satu laluan . Dalam paparan router kita ada Tab untuk configure Wifi router D-link. Disinilah kita configure akses wifi router kita. Standard router ni signal wifi memang tak kuat sangat lebih kurang up to 30 meter je. Itupun dah kira keluar dari kawasan lingkungan rumah kita. Jadi tak nak bagi orang pakai wifi kita , sembunyikan kewujudan wifi kita. Router standard ni tak ada option untuk limit kan wifi range. Pilih tab 'wireless' - SSID - dan klik kan kotak 'hide ssid' .Jadi kita tak 'broadcast' la ssid kita. biasanya normal gadget user jarang search hidden network. kalau boleh ssid isolate pun klik. kalau isolate ssid ni yang saya faham untuk laluan WAN tak berkongsi so boleh elakkan activity 'snooper' atau 'sniffing'. Pilih password encrypted yang advance sekarang seperti WPA ( wifi protected access) atau WPA2.

dlink

Ada features of multiple ssid untuk router standard ni. bila masuk ke Tab ssid kita boleh configure 4 ssid name. Malangnya router standard ni tak bagi option untuk limit kan usage' bandwith' untuk ssid tertentu. yang boleh kita buat untuk nak rahsiakan password ssid utama kita jadi kita 'enable' kan 'guest ' ssid untuk majlis tertentu.'disable' kan wireless security jadi tak perlu password.  Jadi tak la kebanyakan tetamu yang datang kalau ada keramaian sibuk mencari kita menanyakan password wifi. password kita pun dapat lah dirahsiakan. Dah habis majlis barulah kita 'disable' semula ssid guest ini.

dlink 2

Inilah perkongsian bagi pengguna mudah macam saya ni untuk pengguna mudah yang lain.Buat research banyak banyak pun ada banyak benda yang terlampau specific sampai susah nak faham jadi janganlah ubah setting yang lain. Kalau sesiapa nak advance security atau features lagi boleh la beli router yang lebih mantap dan compatible dengan TM unifi ni. Sedikit penerangan yang saya tahu kalau tentang kelajuan internet ni slow sebenarnya terlampau meluas sebab nya. Ada yang di sebabkan oleh machine kita iaitu PC, Laptop atau gadget kita yang selalu 'lagging'. mungkin network card kita tak update driver baru. masalah dengan cable telephone kita mungkin cable atau splitter (kalau digunakan ) pecah. Penyambungan cable luar ke Dslam mengalami kerosakan. Sebagai pengguna mudah kita cuma boleh analisis machine kita dan router serta cable dalam rumah je. kalau semua ok jadi call TM customer service je lah. Oh ya router standard ni pun cepat panas juga jadi kalau boleh jangan lah letak bertindih dengan modem . kalau nak invest sikit beli cooling pad. Router ni ada satu usb port so letakkan modem dan router kat atas cooling pad.
Kepada yang lebih pakar nak membantu kami yang lemah ni boleh meninggalkan tips tips di dalam comment. terima kasih Tm unifi dan semua.




Monday, June 16, 2014

Batu Hempedu(Gallstone) Punca dan Rawatan Dari Pengalaman Saya.

Baru baru ini memang saya tak menjangkakan perkara tersebut berlaku ke atas diri ini. Satu penyakit yang dilabelkan sebagi penyakit zaman moden  iaitu batu wujud di dalam hempedu (Gallstone). Menurut doktor pakar penyakit ini sudah menjadi kebiasaan di zaman sekarang.Tak kira umur atau jantina. Ada banyak factor yang menyebabkan kewujudan batu di dalam hempedu ini. Factor utamanya ialah corak pemakanan dan cara hidup yang kita lalui. Batu karang yang terbentuk di dalam buah pinggang melibatkan proses pembuangan air kecil, manakala batu yang terwujud di dalam hempedu adalah berkaitan dengan proses pembuangan air besar.
Ada yang menyedari kewujudan penyakit ini apabila terkena satu serangan yang mengejut di bahagian ulu hati. Sakit yang tidak terperi membuatkan terus di bawa ke ICU. Itu kebanyakan pengalaman kenalan yang saya ketahui menceritakan kepada saya. Dah lama selalu sakit di ulu hati bila jumpa GP diagnos gastrik. Saya memang ada gastrik dari dulu tapi yang saya pelik walaupun tak biarkan perut kosong dan jaga makan sakit ulu hati tu ada jugak Bagi saya pula, symptom yang berlaku sudah lama terjadi tetapi saya tak mengendahkannya kerana saya masih boleh menahan sakit yang di alami sekali sekala.  Symptom yang berlaku seperti kelesuan yang sentiasa walaupun tak menjalankan aktiviti yang berat ( dipercayai tahap Ph darah asidik itu yang buat badan rasa panas dan penat). Sendawa yang sentiasa. Sakit yang teramat di ulu hati sehingga kekadang terasa perit di dada. Kebas sebelah tangan atau kaki. Sakit di bahagian belakang badan. Sakit perut yang teramat sangat tetapi tak lawas seperti  sembelit (constipation). Perut sengkak selepas makan atau minum susu. Simptom ini dikatakan berbeza bagi setiap individu.
Sedikit sebanyak tentang hempedu ni selepas membuat sedikit kajian ia merembeskan jus hempedu . jus hempedu ni dihasilkan dalam hati mengemulasi lemak makanan yang separa hadam dan di simpan di pundi hempedu. jadinya umpama tempat simpan (kilang storage) kantung hempedu ni. Nak tahu lebih lanjut secara saintifik google Wikipedia atau mana mana website doktor pakar. Rembesan kolesistokinin dirembes oleh hempedu bila ada makanan berlemak dikesan masuk salur penghadaman. Tindak balasnya terhadap kolesistokinin berlaku kembang kuncup  pundi hempedu merembeskan simpanan hempedunya ke duodenum (usus kecil). Proses rembes ni la yang buat sakit bila ada batu tersumbat di salur ( duct bile ), kalau batu kat salur dan salur bengkak tu lagi sakit, atau kalau batu besar kat dalam pundi bila pundi menguncup umpama menggenggam batu kerikil dan genggam sepenuh hati. Pundi ni tak la besar sangat doktor kata saiz dewasa lebih kurang panjang 3 inci dan ukur lilit bila mengembang lebih kurang 1.5 inci.
Nak cerita banyak pun saya tak pandai sangat Cuma nak cerita pengalamn yang saya lalui la. Jadina saya mula mencari kaedah untuk sakit ni. Doktor advice buat pembedahan laparaskopi ( minor operation ) tebuk beberapa lubang masukkan kamera dan laser, potong dan sedut pundi keluar.kalau nasib tak baik kena major operation kaedah lama potong 6 inci kat bahagian perut. Ada kaedah ECWL iaitu laser tapi tak berapa praktik sangat pasal banyak risiko seperti batu susah nak pecah, atau batu tu pecah tapi tak berapa kecil jadi bila proses rembesan oleh hempedu, jus tolak keluar takut sangkut di salur ( bile duct) lagi masalah. Ada juga yang menyatakan takut tersumbat di usus antara saluran pancreas nanti menyumbatkan pengeluar insulin dari pancreas. Risiko batu ni yang saya diberitahu ialah pancreatic, hati rosak ( macam jadi fatty liver , hati pun kena kerja keras bila makanan lemak banyak pasal jus dari hempedu dah sumbat tak keluar) dan yang last sekali apa yang doktor surgeon cakap waktu consultation tu tak sedap di dengar, iaitu mati.
saya cuba search tengok apa kaedah lain yang ada terjumpa satu kaedah mengamalkan minum jus apple hijau 1 liter setiap hari dan hari terakhir jalankan kaedah ambil garam epsom ( magnesium sulfate). Doktor surgeon saya nasihat dia kata dia tahu cara tu ada ramai patience dia yang cuba dan akhirnya ICU tengah malam kesakitan tak terperi. batu dah turun sumbat kat salur. saya baru cuba 5 hari minum apple jus tu malangnya saya jadi demam semam seram sejuk secara mendadak tak kira waktu dan cirit birit sentiasa. belum sempat buat kaedah last ambil epsom salt. Lepas dah baik saya cuba cara minum jus delima dan kena cirit birit yang sama selepas beberapa hari. Saya tak pergi ke Haji Jamil ( Durian Tunggal, Melaka ) seperti yang diceritakan oleh ramai orang dia dapat mengeluarkan batu secara batin. Dah tak tahan menanggung sakit dan dah sebulan mencuba kaedah lain tak jalan akhirnya saya menjalani pembedahan laparaskopi.
Pembedahan saya di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (Gps 3.161624, 101.739959) jalan ampang dijalankan oleh doktor pakar bedah , DR Mahadevan.

Selepas pembedahan ada jugalah side effect yang saya rasa iaitu apabila gastrik saya menyerang rasa sakitnya dah tak macam dulu tapi teramat perit di dada dan kawasan ulu hati. kemungkinan baru lepas pembedahan dan baru dalam proses penyembuhan. kena ambil ubat gastrik selalu la nak mengelakkan sakit macam tu.

menurut doktor bedah saya , corak pemakanan saya perlu bertukar mengurang makanan berlemak dan bersusu serta berminyak untuk menjaga keadaan hati pula. sebab sokongan dari pundi dah tak ada. tapi dalam masa sebulan ke dua bulan waktu berpantang memang kena elak terus la makanan makanan macam tu. Senarai antara makanan yang tak boleh dimakan seperti kuning telur , sup yang berkrim macam sup cendawan, makanan bergoreng sebab ada minyak, chocolate, buah avocado, buah zaitun, daging merah macam daging lembu, kambing, peanut butter, cheese dan banyak lagi la yang berlemak . Jadi kalau tengok dari senarai makanan yang boleh di makan memang macam makan untuk nak kuruskan badan la seperti roti kosong, makanan yang tak berminyak dan creamy, bersusu.

itulah serba sedikit tentang pengalaman saya menempuh pembedahan yang pertama dalam hidup saya. walaupun kecil pembedahannya tapi nak menempuh berpantang dalam bab makan ni memang dugaan betul. yang pasti selepas ni kena banyak bersenam supaya kadar metabolisme badan dapat membantu menguraikan lemak dan koletrol. Tak la berat sangat hati saya nak berfungsi seorang diri.




Monday, June 9, 2014

Asthma, Anak Puteriku Dan Susu Hafidz dari ANE'S

Anak saya yang kecil menghidap asthma. Memang kerap diserang dahulu. Macam macam cara kami gunakan untuk mengesan punca serangan asthmanya, dan melalui dari pengalaman kami dapat membaca satu-persatu punca serangan nya. Bermula dari mula mengesan corak pemakanannya hinggalah cara asthma itu berlaku. Sebagai contoh kami dapat mengenal pasti apa bahan yang di makan boleh memberi serangan asthma kepadanya. Hinggalah keadaan sekeliling yang mengakibatkan serangan itu berlaku. Setelah kami ingat kembali setiap kali menghadiri parti barbeku hari selepas itu mesti anak yang kecil ini kena serangan asthma. Sama ada sederhana atau kuat.  Memandangkan anak yang sulung juga mempunyai sakit asthma yang sama dari kecil jadi pengalaman kami sebagai ibu bapa serba sedikit membantu untuk mengenal pasti perubahan tindak tanduknya sebelum serangan asthma yang berlaku menjadi teruk.  Tindakan pantas kami adalah terus ke doctor paedetrician kepercayaan kamilah. Mana lagi kalau bukan dr hasmawati yang terletak di klang Gate iaitu Klinik Pakar Kanak Kanak Desa Melawati.(A-0-21 Jalan 2/4c ,Desa Melawati,53100,KL,Tel 03-41051962 ). GPS code 3.217138, 101.737675
Memang bebudak dua orang puteri saya ni dari lahir saya percayakan dr hasmawati untuk rawatan kesihatan mereka. Ok lah, nak cerita panjang pun saya bukannya doktor jadi tak lah pandai sangat. Cuma yang saya perhatikan ialah dalam pembangunan yang serba moden ni kerap kanak kanak generasi millennium kini yang di diagnos mempunyai sakit asthma. Biasa lah kalau ada pembangunan mesti ada pengorbanan. Yang pasti setiap punca serangan asthma bagi setiap individu adalah berbeza, kerana setiap individu yang tercipta adalah unik.

Ok yang sebenarnya apa yang saya nak share kat sini adalah pengenalan satu susu krim dari mak saya untuk anak saya ini. Saya dan isteri memang tengok kotak tu tak pernah lihat la. Namanya susu Hafidz yang di edar oleh Azizah Niaga Enterprise( ANE’S). mendengar nasihat dari mak saya kami pun mula cuba memberi kepadanya susu tersebut. Dan dia suka minum susu tersebut. Susu Hafidz ni untuk kanak kanak berumur 12 bulan ke atas sahaja. Susu ni memang susah nak nak jumpa kat pasaraya atau kedai biasa.  Bahan – bahan yang ada di dalam susu ini juga menyakinkan iaitu seperti AHA, DHA, kalsium, rumpai laut, serbuk madu, raisin, prune, spinach dan banyak lagi. Memang sedap la susu ni rasanya.
gambar ihsan

Kaitan yang saya nak sharekan di sini ialah sejak mengambil susu itu hingga habis sekotak kami perhatikan serangan asthma pada si kecil sudah berkurangan. Ini apa yang berlaku pada pandangan saya la. Jadi saya pun terus sambung beli lagi susu ni untuk anak saya. Memang setiap penyakit dari Allah dan Hanya Kepada Allah ia kembali. Tapi kita juga di galakkan berusaha untuk mengurangkan kemudaratan penyakit. Jadinya sumber pemakanan yang di ambil memang penting untuk memastikan pembesaran kesihatan yang baik.